- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap litar mempunyai tahap kesukaran dan kesenangan masing-masing. Ada yang terlalu teknikal, ada yang sangat dipengaruhi cuaca malah ada yang sangat mudah buat seorang pelumba profesional. Acapkali kita dengar komentar siaran langsung bahawa litar itu susah, litar ini senang, namun semuanya kembali kepada data yang diolah dari penaja utama sistem brek GP iaitu Brembo.
Tidak ada gunanya jika jentera boleh mencapai kelajuan 350 kmph tapi gagal membrek dengan baik. Tahukah anda, setiap musim, hampir 10,000 km jarak dilakukan termasuk membrek oleh pelumba dan lebih dari 10,300 kali daya brek digunakan?
Mungkin anda akan terkejut, Litar Sepang merupakan salah satu litar paling kuat brek digunakan sepanjang perlumbaan semusim! Brembo menklasifikasikan setiap litar dari kadar 1 hingga 5 tahap tekanan brek digunakan sepanjang perlumbaan dan litar Sepang merupakan kategori 5!
Walaupun terdapat hanya 120 sektor membrek di Litar Sepang berbanding litar ternama yang lain, ia tetap dikategorikan sebagai litar paling keras pelumba membrek kerana terdapat banyak laluan laju dan selekoh tajam di situ. Ini juga dipengaruhi oleh cuaca yang tidak menentu di Sepang sebagai contoh, perlumbaan dalam suhu yang agak panas dan kadang kala hujan.
Ini bukan data yang dibuat-buat. Ini data yang dikeluarkan oleh Brembo. Bermakna, litar tempatan kita ini sangat bagus rupanya. Sepatutnya kita melahirkan lebih ramai pelumba profesional dan versatil. Pelumba yang tinggi daya saing kerana litar kita sendiri cukup teknikal. Teruskan memupuk semangat kesukanan bermotor untuk generasi akan datang supaya kita bakal melahirkan ramai lagi pelumba hebat!
Keep on sharing guys! Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtech #ToughestBrake #Sepang #SIC #Brembo #MotoGP #veryhard #supportlocal
Comments
Post a Comment