Pelumba Ujian Musim 2021

KTM sudah mengesahkan barisan pelumba ujian mereka bagi musim 2021. Para pelumba ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik bagi memantapkan jentera GP mereka iaitu RC16. Keputusan ini dibuat setelah pelumba ujian mereka berjaya membantu kem KTM menjadi saingan utama dalam arena MotoGP musim ini.

Dua pelumba tersebut adalah Dani Pedrosa dan Mika Kallio. Dani sudah bersama KTM sejak dari 2018 lagi. Data yang diperolehi dari beliau merupakan aset penting buat KTM. Pasukan Austria itu berjaya memantapkan lagi jentera mereka berdasarkan pengalaman luas Dani. Dikhabarkan juga, Dani bakal menerima gaji yang lebih lumayan untuk musim hadapan atas jasa beliau.

Tidak lupa juga kepada Mika Kallio, walaupun menjadi pelumba simpanan kem KTM, beliau juga merupakan salah satu aset utama pasukan berkenaan. Mika telah ada dari awal pembangunan jentera RC16. Oleh itu, KTM sangat berbesar hati untuk menawarkan tempat tersebut padanya.

Memang betul, jentera KTM semakin berdaya saing. Dahulu, ada yang mengejek, jentera purba itu tidak mampu melakukan apa-apa di pentas GP, namun tahun ini sudah membuktikan bahawa KTM, bukan lagi pasukan yang boleh diayam-ayamkan. Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #KTM #testrider #DaniPedrosan #MikaKallio #season2021

 

Comments

Follow Us