- Get link
- X
- Other Apps
Setelah menunggu lama disebabkan oleh ketidaktentuan pandemik Covid-19, akhirnya Pusingan ketiga MAM Speedweek Championship dianjurkan dengan Rozaliman Zakaria dan jentera Yamaha Y15ZR beliau menerajui acara MP150 di Litar Antarabangsa Go-Kart Sepang.
Dalam keadaan cuaca yang agak mendung, Rozaliman menamatkan pertarungan 10 pusingan, sekitar 1247 meter dalam masa 9 minit 40.587 saat dihadapan naib juara Muhammad Nasif Nor Samsol, yang menunggang Yamaha Y15ZR. Muhamad Akhmal Mohd Jais pula menduduki tempat ketiga.
Dalam kategori SB150 2T, Muhammad Aqid Jumali paling cemerlang, menamatkan 10 pusingan perlumbaan dalam masa 9 minit 59.569 saat dihadapan Muhammad Izzudin Radzuan. Syamsul Akmeer Roslie melengkapkan podium di mana beliau menamatkan perlumbaan ini dengan masa 10 minit 10.646 saat
Muhammad Zulhilmi Faiz memenangi kategori SB250 yang dijalankan bersama OMR SB390, yang diungguli oleh Ahmad Farhan Iqwan. Hadiah-hadiah kepada pemenang diberikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) Muizz Azli dan Prinsipal Petronas Sepang Racing Team, Dato' Ahmad Razlan Razali.
Apabila ditemuramah selepas acara tersebut, Muizz melahirkan rasa bersyukur atas usaha kerajaan untuk memastikan aktiviti sukan berjalan kembali dalam keadaan SOP.
Pusingan ke-4 dan pusingan akhir penutup kalendar perlumbaan 2020 akan dijalankan esok.
Comments
Post a Comment