Sut Lumba MotoGP

Menariknya, kini lebih ramai pelumba yang mengenakan sut lumba yang dibuat dari kulit kangaroo berbanding kulit lembu. Ini kerana faktor ketahanan yang lebih kuat dan lebih ringan dari sut biasa.

Setiap sut ini dilengkapi ‘slider’ besi (di bahu) dan plastik (di lutut dan siku), bonggol keselamatan di belakang) dan juga ‘air-bag’ yang pastinya setiap dari itu bukanlah murah. Beg-udara adalah aksesori wajib bermula dari 2019. Ia berbentuk sebuah ‘vest’ yang dipakai didalam sut. Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan pelumba di bahagian badan, rusuk dan tulang selangka (bahu) sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Setiap pelumba GP dibekalkan sekurang-kurangnya 4 unit sut lumba setiap kali perlumbaan berlangsung. Harga sepasang sut ini sudah semestinya lebih mahal dari biasa. Ini disebabkan ia dibuat khas dan tepat bagi setiap pelumba untuk menjaga keselamatan dan memberi keselesaan semasa berlumba.

Kos untuk sepasang sut lumba ini boleh mencecah setinggi RM70 ribu ke RM100 ribu bergantung kepada aksesori yang akan dipasang. Sebagai contoh, Valentino Rossi mengenakan set hidrasi (pek air) di sut lumbanya dan ia berharga sekitar RM30 ribu per set!

Di badan pelumba pun dah makan puluhan dan ratusan ribu, pening kalau jadi pengurus macam ni. Tapi itulah hakikat sebenar belanja yang dikeluarkan untuk menjaga keselamatan setiap pelumba.

Keep on sharing guys. Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWtech #MotoGP #RacingSuit #Alpinestar #Dainese #Ixon #airbag #slider #hydrationpack #mahalwoi

 

Comments

Follow Us