- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Musim 2020 sudah pun menamatkan saingannya, namun Michelin akan terus membangunkan varian tayar lumba untuk kejohanan tersebut. Terbaru, Michelin menyatakan bahawa untuk musim hadapan, tiada variasi tayar baru yang akan diperkenalkan, sama seperti tahun ini. Akan tetapi, variasi tayar baru akan diperkenalkan untuk para pelumba pada musim 2022.
“Saya jangkakan untuk musim 2021, perlumbaan akan lebih seimbang, Suzuki dan Yamaha nampak bersaing dengan hebat. Tayar baru akan diperkenalkan pada 2022” ujar Piero Taramasso, Pengurus Perlumbaan Litar Michelin.
“Musim ini sangat sukar kerana pandemik Covid19, perlumbaan sangat-sangat rapat. Masalah terbesar kami adalah logistik. Untuk mengeluarkan tayar baru dan menghantar ke destinasi perlumbaan memang mencabar. Ujian pertama buat kami adalah di Barcelona. Luar dari jangkaan kami.” tambah Piero.
“Tiada tayar baru untuk musim depan. Tayar belakang yang menjadi kontroversi itu juga kekal sama kerana memberikan kesan berbeza pada setiap pelumba. Tayar itu (belakang) sudah cukup bagus. Buktinya? Kurang kemalangan berlaku pada tahun ini disebabkannya. Kami sedang membangunkan tayar baru untuk hadapan bagi musim 2022 dan pasukan serta pelumba menerima berita itu dengan baik.” Jelas Piero menamatkan perbualan.
Nampaknya, mungkin tayar hadapan yang menjadi faktor utama pada musim ini. Mampukah Michelin mengotakan janji mereka untuk memberikan produk yang terbaik buat setiap pasukan dan pelumba bagi musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Michelin #PieroTaramasso
Comments
Post a Comment