63 Hari lagi menuju MotoGP


Zulfahmi Khairuddin ketika bersama pasukan Red Bull KTM Ajo dalam kelas Moto3 pada musim 2013. Jom kami ceritakan sedikit mengenai lagenda pelumba negara yang pernah mengharumkan nama negara di kejuaraan motosikal dunia.

Zulfahmi berasal dari Banting, Selangor. Beliau membuat penampilan sulung dalam kejuaraan motosikal Grand Prix dunia 125cc di Grand Prix Malaysia 2009 di mana dia menduduki tempat ke-20. Tahun 2010 adalah musim penuh pertamanya dimana Zulfahmi berlumba bersama pasukan Air Asia-Sepang dengan memacu jentera Aprillia. 

Pada tahun berikutnya Ajo bekerjasama dengan SIC membentuk pasukan Airasia Sic Ajo dan menunggang jentera Derbi. Ini adalah tahun terakhir MotoGP menggunakan motosikal 2 lejang dan pada tahun berikutnya, 125cc sudah ditukarkan menjadi Moto3 yang menggunakan jentera 4 lejang. 

Pada tahun pertamanya di Moto3, Zulfahmi berjaya meraih podium Moto3 pertamanya ketika beliau menduduki tempat kedua di Grand Prix Portugis 2012. Selepas itu beliau berjaya mendapat podium di Sepang. Ini adalah kedudukan tertinggi yang pernah direkodkan oleh pelumba Malaysia di mana-mana kelas dan Zulfahmi berjaya melalukannya pada perlumbaan ‘Home race’ pada Oktober 2012.

Pada ketika itu Zulfahmi memimpin sebahagian besar perlumbaan, tetapi pada selekoh terakhir, beliau hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukannya, Sandro Cortese. Pada pusingan akhir MotoGP 2012 di Valencia, beliau sekali lagi meraih podium ke-2 dalam kariernya. Pada perlumbaan ini, beliau bermula dari tempat ke-17 dan memotong satu persatu pelumba dan akhirnya menduduki tempat ke-3 di belakang Danny Kent dan Sandro Cortese. Ini adalah perlumbaan yang sangat mendebarkan dan penuh dramatik.

Tahun berikutnya beliau bersama pasukan Red Bull KTM ajo sedia maklum memang pasukan yang diimpikan oleh setiap pelumba. Tetapi Zulfahmi tidak dapat menunjukkan aksi cemerlang seperti yang ditunjukkan pada tahun sebelumnya. Prestasinya mula menurun pada tahun-tahun berikunya dan akhir sekali beliau mengambil keputusan untuk tidak bersaing di kejuaraan MotoGP dan berpindah ke WSSP.

Beliau menunggang jentera Kawasaki pada tahun 2016 dan 2017 di kejuaraan ini. 2 Tahun beliau di sini, Zulfahi hanya mampu mendapat 1 podium iaitu perlumbaan di Sepang. Pada 2018 beliau kembali ke kejuaraan motorsikal dunia dalam kelas Moto2 ketika itu SIC telah menubuhkan pasukan SIC racing team dalam kelas Moto2 dengan menghantar 1 slot. Pada asalnya slot itu adalah untuk Hafizh Syahrin tetapi pada saat akhir Zulfahmi mengisi kekosongan slot tersebut kerana Hafizh Syahrin di promosikan ke MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Kini Zulfahmi menjadi pengurus ZK Racing dan sekaligus menjadi jurulatih untuk bakat-bakat baru yang ingin berkecimpun dalam dunia permotoran motosikal dunia.

Teruskan Bersama Two Wheels!

#twowheels #twmedia #motogp #MGPM #zulfahmi #zulfahmikhairuddin #ZK63 #motogpcountdown

 

Comments

Follow Us