Gas Argon pada beg udara MotoGP

Kita telah sedia maklum tentang air-bag dalam racing suit yang dipakai oleh para pelumba motorsikal dunia. Ia merupakan satu inovasi bagi menjamin keselamatan pelumba-pelumba tatkala ditimpa kemalangan. Dalam dunia perlumbaan, kemalangan ialah satu aspek terbesar yang dipandang dengan sangat serius kerana ia melibatkan nyawa maka para pengeluar racing suit sentiasa menambah baik kualiti produk-produk mereka.

Pasti ramai yang beranggapan bahawa air-bag itu diisi dengan udara biasa tetapi yang sebenarnya ia tidak sebegitu. Gas Argon digunakan untuk tujuan pengembangan air-bag tersebut apabila diperlukan.

Persoalan: Kenapakah Gas Argon?

Gas Argon ialah gas yang stabil di sudut keadaan atomnya. Ia tidak seperti Oksigen atau Karbon Dioksida yang mana kedua-dua ini ialah hasil gabungan unsur yang sama dan unsur-unsur yang berbeza. Gabungan itu menjadikan molekul gas bersaiz besar dan beratnya juga bertambah maka ia mengambil masa untuk bergerak dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Berbeza dengan Argon di mana ia ialah hanya satu atom yang ringan kerana hanya memiliki 18 elektrons. Ia sangat ringan dan yang paling penting ia tidak bertindak balas dengan unsur-unsur yang lain. 

Untuk mengembangkan satu air-bag di dalam racing suit, Gas Argon hanya memerlukan masa 20 mili saat sahaja. Ia sangat cepat dan sempat menggelembung sepenuhnya sebelum pelumba terjatuh ke tanah sekaligus mengurangkan kesan hentaman ke atas badan. 

Inilah pentingnya kejuruteraan dalam satu-satu bidang untuk meningkatkan lagi kualiti yang sedia ada. Proses kajian dan uji kaji sentiasa berlangsung untuk mencapai keputusan yang lebih baik maka tidak hairanlah harga yang diletakkan kepada racing suit terkemuka agak tinggi.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#racingsuit #argon



 

Comments

Follow Us