- Get link
- X
- Other Apps
Di pentas perlumbaan motorsikal, para pelumba dan jentera diuji kecekapan masing-masing dalam melalui laluan lurus dan selekoh. Ini akan menyebabkan tangan dan kaki pelumba-pelumba sangat sibuk membrek, mengurangkan dan meningkatkan gear serta memulas pendikit. Perkara-perkara tersebut akan memberi beban yang sangat besar kepada tayar hadapan dan belakang.
Ketika ingin memasuki selekoh para pelumba akan membrek dengan sangat kuat sehingga terjadinya 'stoppie' dan ketika itu berat beban daripada jentera dan pelumba akan dipindahkan ke tayar hadapan. Beban tersebut adalah sekitar 250kg dan perlu ditanggung oleh tayar dengan baik supaya tidak berlakunya gelinciran.
Ketika sedang mengambil selekoh di mana lutut dan siku pelumba menyentuh litar, berat beban pula akan ditampung oleh bahagian tepi tayar hadapan dan belakang. Kedua-dua tayar akan menanggung beban seberat 200kg.
Selepas itu sebaik ingin keluar dari selekoh, pelumba akan memulas pendikit sehingga penuh. Kebiasaan terjadinya 'wheelie' akibat hemburan kuasa dari enjin ke atas litar yang disalurkan oleh tayar belakang. Beban ketika itu adalah dalam lingkungan 220kg yang mesti ditanggung oleh tayar belakang dengan sehabis baik. Jika terjadi gelinciran maka pelumba akan mengalami 'high side' dan ini antara kemalangan yang sangat ditakuti dan dibimbangi oleh mana-mana pelumba.
Ternyata bukan mudah untuk menghasilkan tayar yang berkualiti. Bidang kejuruteraan memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan tayar yang baik dan bermutu tinggi.
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#Michelin #MotoGP
Comments
Post a Comment