Perjalanan Fabio Quartararo

Pelumba harapan Yamaha, Fabio Quartararo telah dijemput dalam satu rancangan televisyen Perancis, Clique pada malam semalam. Di situ beliau telah menceritakan kisah perjalanan hidupnya sebagai pelumba motorsikal professional dunia yang berliku. Sememangnya untuk menempatkan diri di dalam arena MotoGP ia sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang cukup besar baik daripada diri pelumba itu sendiri mahupun ahli keluarga terdekat.

Fabio mula berjinak dalam dunia perlumbaan motorsikal sejak di usia awal kanak-kanak lagi. Beliau juga seperti pelumba-pelumba lain yang mana telah menempuh zaman pocketbike sebagai pentas asahan bakat dan belajar sebanyak mungkin berkenaan perlumbaan di litar.

Beliau memberitahu, ayahnya antara individu yang cukup bersemangat dan sanggup mencari jalan bagi memastikan dirinya berjaya beraksi di pentas dunia kelak. Beliau telah dibawa untuk menyertai pertandingan di Sepanyol memandangkan di Perancis, perlumbaan-perlumbaan pada peringkat bawah tidak semeriah Sepanyol. Beliau masih ingat, beribu kilometer telah mereka berdua lalui bersama trak kecil milik ayahnya merentas negara. Tidur di lantai trak itu merupakan perkara biasa ketika ayahnya masih terus bersengkang mata memandu supaya mereka sampai ke tempat perlumbaan dalam masa yang ditetapkan.

Kariernya berjalan agak baik terutama di peringkat european iaitu dalam kejohanan CEV namun apabila naik ke pentas Moto2, beliau mengalami kesukaran dan nampak seolah-olah itulah penamat bagi dirinya. Setiap kali mentalnya tergugat, beliau akan teringat kembali pengorbanan yang telah dibuat oleh ayahnya sejak dari dulu. Kemudian beliau akan terus menyuntik semangat dalam diri sendiri dan perkara terpenting adalah tidak mengalah dan terus berusaha. Tanpa diduga rezekinya datang alabila beliau ditawarkan untuk naik ke peringkat utama iaitu MotoGP bersama Pasukan Petronas Yamaha SRT dan beliau yakin akan mampu menjadi yang terbaik di sini.

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#FQ20 #Yamaha #MotoGP

 

Comments

Follow Us