SCK Racing Team musim 2021






Tanggal 7 Januari telah berlangsungnya satu majlis yang cukup meriah bagi menyambut kejayaan bergelar juara bagi sebuah pasukan hebat dalam Kejohanan Malaysian Cub Prix iaitu Pasukan HiRev Rapido SCK Honda Racing. Two Wheels berpeluang untuk bersama-sama meraikan kejayaan mereka.

Pasukan ini merupakan Juara Keseluruhan bagi kategori CP150 dalam Kejohanan MCP 2020. Barisan pelumba yang akan terus bersaing pada musim 2021 turut diperkenalkan dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah penaja utama pasukan SCK iaitu syarikat minyak pelincir Hi-Rev dan syarikat pengeluar aksesori motorsikal Rapido. Pengurus Besar Hi-Rev, Cik Valerie Poon dan Timbalan Pengurus Besar mereka, En Kenny turut bersama memeriahkan majlis berkenaan. Manakala, wakil daripada Rapido Malaysia, En Jeff juga kelihatan pada majlis tersebut.

Pemilik pasukan SCK Racing, En. Soon Chee Kieong sudah pastinya ialah orang yang paling gembira dengan kejayaan yang dicapai pada tahun lepas. Beliau yakin untuk tahun ini, pasukan SCK Racing akan terus memberikan saingan yang terbaik dalam setiap perlumbaan nanti.

Pelumba-pelumba bagi pasukan Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing dalam Kejohanan MCP berentap dalam dua kategori. Mohd Helmi Azman selaku Juara Keseluruhan CP150 2020 menerajui kumpulan CP150 manakala dua lagi rakan sepasukan, Mohd Izam Akmal dan Mohd Afizad Supaat merupakan pelumba ‘rookie’. Bagi kategori CP125 pula, SCK berjaya meraih 1 podium sepanjang musim lepas atas kejayaan Mohd Aiman Azman dan Mohd Shahzul Naim.

“Pada 2020, pasukan kami agak baik dengan kadar 50% kemenangan dan 75% podium dalam setiap perlumbaan. Kami ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kejohanan MCP diteruskan dan berharap agar tahun ini lebih baik serta perlumbaan dijalankan tanpa halangan” ujar pengurus pasukan SCK Racing, En. Wong

“Kini sudah empat tahun kami bersama SCK dan kami harap akan dapat terus bersama dengan pasukan ini. Tahun ini juga, Hi-Rev telah melancarkan produk terbaru kami iaitu, R1000. Ini adalah minyak pelincir khas bagi perlumbaan dan sudah terbukti keupayaannya di litar,” terang Cik Valerie tentang penglibatan mereka dalam industri sukan perlumbaan tempatan.

“Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas kecemerlangan mereka pada tahun lepas. Kami berharap dapat meneruskan kejayaan ini hingga tahun mendatang dan akan terus berusaha keras untuk mengekalkan kejayaan ini” tambah En Jeff pula dari Rapido.

Juara Keseluruhan bagi kelas CP150, Helmi Azman juga tidak ketinggalan memberikan ucapan penghargaannya terutama sekali kepada pemilik Pasukan SCK Racing, En Soon kerana mempercayainya dan membawanya sehingga ke peringkat ini, serta kepada semua pihak penaja. Beliau turut berterima kasih kepada seluruh rakan media yang sentiasa menyokong kariernya.

SCK Racing berjaya membuktikan keupayaan bengkel dan syarikat mereka di litar dalam pentas perlumbaan di peringkat Asia. Berpengkalan di Seksyen 18 Shah Alam, SCK Racing beroperasi sebagai agen jualan motosikal-motorsikal baharu, alatganti berprestasi tinggi dan turut menyediakan khidmat ‘dyno’ bagi memaksimakan prestasi motosikal kesayangan anda. Semoga SCK Racing terus maju dan meraih kejayaan yang lebih besar pada kejohanan tahun ini!

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWcubprix #MCP #SCKracingteam #supportlocal #champion #CP150Champion #MalaysianRider

 

Comments

Follow Us