- Get link
- X
- Other Apps
Sehingga hari ini, ramai peminat yang agak gementar dan ternanti-nanti akan berita mengenai Juara Dunia MotoGP, Marc Marquez yang dalam proses penyembuhan selepas pembedahan kali ke 3 tempohari.
‘Kehilangan’ Marc dalam arena kejohanan MotoGP ada yang menjadi berita baik dan ada yang menjadi berita buruk buat sesetengah orang. Namun, ketiadaan Marc terus menjadi tanda tanya. Adakah bakal ada pengganti buatnya sekiranya dia gagal kembali berlumba pada tahun ini?
Sudah pastinya ramai yang pasti akan terkejar-kejar dengan posisinya itu kerana kedudukan Marc Marquez dalam dunia Honda bukanlah murah. Dia antara pelumba yang bernilai antara yang tertinggi didunia. Kedudukannya itu dianggarkan bernilai 100 Juta Euro bersamaan lebih kurang RM500 Juta!
Kontrak 4 tahun yang bernilai nRM500 Juta itu kini menjadi tanda tanya. Beberapa siri ujian dan ‘GP Shake Down’ akan bermula tak lama lagi. Sesi ujian di Sepang dan Qatar menjadi persoalan di kem Honda terutamanya, adakah ada pelumba yang bakal menggantikan Marc pada masa itu? Jawapannya masih belum ada tapi yang pasti, Marc akan terlepas sesi berkenaan!
Memang agak mencemaskan bila nak tahu berita berkenaan kem HRC ni. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah keputusannya nanti.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Honda #HRC #MarcMarquez #MM93 #100Mseat #WinterTest #GPshakedown #Sepang #Qatar
Comments
Post a Comment