- Get link
- X
- Other Apps
Kejohanan MotoGP musim 2021 akan bermula tidak lama lagi dan semestinya peminat di Malaysia ternanti-nanti acara tradisi pembuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang iaitu ‘Shakedown’ dan Ujian Pra-Musim. Dengan kes COViD-19 yang makin meningkat di Malaysia dan perlaksanaan vaksin hanya akan terjadi pada bulan Mac, adakah ujian Pra-Musim dapat dilakukan di Sepang pada bulan Februari ini?
Sememangnya untuk melaksanakan acara besar ini dalam suasana norma baharu memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat supaya penularan wabak COViD-19 dapat dibendung. Pertama sekali adalah proses pergerakan kelengkapan dan krew pasukan serta pelumba dari negara asal ke Malaysia. Seperti biasa kelengkapan-kelengkapan dan jentera pasukan akan dihantar ke Malaysia melalui kargo udara dan akan menjalani proses nyahkuman di KLIA sebelum ianya bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang. Kedua, pergerakan staf Dorna, krew dan pelumba. Mereka akan menjalani ujian pengesanan sebelum berlepas ke Malaysia dan pergerakan ini adalah dalam satu kumpulan besar.
Kebarangkalian untuk media tempatan dan antarabangsa dibenarkan masuk ketika ujian pra-musim ini terlaksana adalah agak tipis kerana proses kemasukan ke litar agak ketat dan Dorna amat tegas didalam aspek kesihatan serta keselamatan krew dan para pegawai yang terlibat. Tempat tinggal bagi pelumba dan juga pasukan sudah pasti menjadi 1 isu, namun pihak berwajib sedang merangka pelan sebagai pemudahcara bagi keselesaan semua. Pihak SIC sedang berusaha keras dalam perancangan untuk menjayakan acara ini dan pastinya memastikan keselamatan semua pihak.
Kita masih menunggu keputusan rasmi dari pihak Kerajaan atas kelulusan acara ini. Terlalu banyak risiko yang perlu diambil kira dan faktor larangan masuk bagi beberapa buah negara tertentu. Namun, sekiranya kelulusan ini diberikan, ia sangat memberi kegembiraan besar buat peminat tempatan dan bakal menyemarakkan lagi sektor ekonomi negara.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment