Tarikh pelancaran permainan video MotoGP 21 telah diumumkan. 7 fungsi baru untuk pengalaman lebih realistik!

 









Permainan Rasmi MotoGP 21 akan dikeluarkan pada 22 April 2021 ini. Ia akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, PC (Steam), Nintendo Switch dan Xbox Series X/S bersama dengan generasi konsol sebelumnya.

Pengguna yang bermain menggunakan konsol generasi seterusnya akan dapat bermain permainan tersebut dalam resolusi 4K dan 60FPS. Untuk versi terbaru ini, ianya mempunyai ‘loading screen’ yang lebih pendek daripada sebelumnya, jadi ia lebih pantas untuk bermain dan menukar sesuatu ketetapan.

Jadi, apakah 'update' terbaru untuk versi kali ini? 

1 - Had pemain dalam talian juga telah meningkat daripada 12 hingga 22 pelumba dalam satu perlumbaan.
2 - Salah satu fungsi terbaru kali ini adalah jika anda terjatuh daripada jentera anda, anda tidak akan memulakan semula perlumbaan secara automatik dan dapat meneruskannya seperti dulu. Namun sebaliknya anda harus berlari ke arah jentera anda dan kembali menggunakannya.
3 - Fungsi ‘Long Lap Penalty’ telah diletakkan pada versi kali ini dalam permainan MotoGP, menjadikan sistem penalti lebih realistik dan sama seperti dunia nyata.
4 - Fizik suspensi telah diperbaiki untuk menjadikan pengalaman menunggang lebih realistic
5 - Fungsi terbaru iaitu kawalan suhu pada brek telah ditambah untuk memberikan pemain pengalaman menguruskan dan menjaga suhu tayar.
6 - Career Mode Management yang pertama kali diperkenalkan pada permainan tahun lalu telah ditambah baik. Kali ini lebih banyak fungsi ditambah iaitu boleh mengambil pekerja krew dan menaik taraf jentera termasuk kuasa enjin, aerodinamik, frame chasis dan system elektronik.
7 - Sistem AI akan lebih pantas, lebih pintar, dan berlumba dengan lebih tepat daripada sebelumnya untuk menjadikan pengalaman perlumbaan luar talian lebih menyeronokkan.

MotoGP 21 telah dibuka untuk pra tempahan di laman sesawang mereka. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasakan pengalaman berlumba yang sebenar, dah boleh membuat pra tempahan daripada system konsol masing-masing. 

Fuh menarik ni, min nak book juga lah baru boleh buat live sekali sekala dengan peminat Two Wheels kan? On x on? Huhu

Teruskan bersama Two Wheels..!

#twowheels #twmedia #tw #MGPM #motogp21 #motogpgame


Comments

Follow Us