- Get link
- X
- Other Apps
Dalam perlumbaan motorsikal, untuk melepasi garisan penamat sebagai sang juara, ia perlukan strategi. Berlumba motor pada zaman ini bukan sekadar memulas throttle, membrek, meleper dan memotong tetapi juga perlu mengatur komunikasi dengan jentera sebaiknya kerana jentera-jentera MotoGP kini mempunyai 'otak' yang akan memberi tindak balas kepada maklumat yang disalurkan oleh pelumba.
Butang-butang berwarna di sebelah kiri handle adalah merupakan arahan daripada pelumba kepada jentera mereka. Melalui butang-butang tersebut para pelumba boleh mengawal beberapa karakter yang penting iaitu engine braking, traction control, anti-wheelie, gas adjustment, anti-jerk, pit speed limiter dan banyak lagi. Ini semua adalah berkenaan mengawal sistem elektronik bagi menjaga cengkaman tayar dan juga kuantiti petrol yang berbaki di dalam tangki.
Untuk berpuluh-puluh pilihan program yang disediakan, para pelumba hanya mempunyai masa beberapa saat sahaja untuk mengubahnya. Pengubahan tersebut biasanya dibuat pada laluan lurus kerana pelumba pada ketika itu berpeluang untuk melihat paparan skrin. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda, para pelumba sebenarnya telah menggunakan deria kinestetik mereka supaya setting pada ECU dapat diubah tanpa melihat skrin. Bayangkan berapa puluh mapping para pelumba perlu hafal supaya dapat mengatur serangan dengan baik dan pada masa yang tepat.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#MotoGP
Comments
Post a Comment