Teknologi Crankshaft Jentera MotoGP


Apa yang kita telah pelajari di zaman persekolahan dahulu ialah setiap jirim mempunyai jisim dan jisim pula amat mempengaruhi inertia. Secara mudahnya, jisim yang tinggi akan mempunyai inertia yang tinggi manakala jisim yang ringan mempunyai inertia yang rendah. Contoh yang kita boleh ambil ialah sebuah lori yang bergerak dengan kelajuan 100km/j lebih sukar dihentikan berbanding dengan sebuah kereta yang bergerak pada kelajuan yang sama dan inilah kesan inertia.

Pada sesebuah motorsikal, crankshaft dan kedua-dua roda saling berputar maka semuanya memiliki 'moment of inertia'. Oleh sebab itu ia perlu dikenakan daya untuk menghentikannya maka di situlah fungsi brek. 

Perihal selanjutnya yang perlu diambil kira adalah bagi objek yang berputar, terdapat padanya kesan gyroscopic dan ini amat penting dalam menjadikan sesebuah jentera MotoGP itu mudah untuk dibaringkan ketika ingin memasuki selekoh. Sehubungan dengan itu, para jurutera telah mengubah arah putaran crankshaft supaya ia bertentangan dengan arah putaran roda. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesan gyroscopic ini. Maka kini para pelumba telah mampu menurunkan kelajuan jentera mereka dari 300km/j ke 90km/j dalam masa kurang 5 saat dan jarak kurang 300m seterusnya masa catatan yang dibuat saban tahun semakin cepat.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#MotoGP

 

Comments

Follow Us