Ujian Kelulusan Tayar F1


Bidang kejuruteraan dalam segenap bahagian amat penting bagi memastikan teknologi terus berkembang dari masa ke masa. Ia sememangnya bukan mudah namun itu keperluan bagi dunia perlumbaan terutama Formula 1. Untuk kali ini kita akan lihat ujian-ujian yang wajib dilakukan ke atas sebuah tayar sebelum diberikan kelulusan untuk digunakan pada hari perlumbaan.

1. Tayar kereta F1 wajib dapat menahan geseran pada kelajuan 450km/j. Tayar yang bergerak di atas permukaan litar menghasilkan tenaga haba yang agak tinggi hasil daripada kesan geseran yang berlaku. Kelajuan terkini yang mampu dicapai oleh kereta F1 tidaklah setinggi 400km/j maka ujian ini sangat relevan bagi memastikan ketahanan dan keselamatan terjamin.

2. Tayar yang digunakan juga dikenakan ujian hentaman pada kelajuan 260km/j. Impak daripada kelajuan ini cukup besar namun tayar tidak seharusnya meletup. Dalam kemalangan yang kita saksikan selama ini, pada kebiasaannya apabila kereta melanggar tembok penghadang, tayar tidak meletup sama sekali tetapi rod shaft yang akan terlebih dahulu patah.

3. Ujian seterusnya ialah wajib mampu menanggung suhu sehingga 149°C. Lapisan luar tayar yang dipanggil 'thread' tidak boleh sama sekali terkoyak atau cair apabila dikenakan suhu yang tinggi. Dalam perlumbaan di negara yang memiliki suhu persekitaran setinggi hampir 40°C, geseran antara tayar dan permukaan litar pasti akan mnghasilkan suhu pada thread lebih tinggi daripada suhu air mendidih.

4. Tayar akan dikenakan ujian menampung berat beban sehingga 998kg. Untuk pengetahuan anda, berat sebuah kereta F1 adalah sekitar 740kg dan secara purata satu tayar menampung beban 185kg ketika dalam keadaan pegun. Walaubagaimanapun ketika kereta sedang bergerak, berat tanggungan boleh meningkat angkara perubahan kedudukan titik pusat graviti terutama ketika berada di selekoh.

Untuk pengetahuan semua, ketahanan tayar yang dibekalkan ini telah ditetapkan oleh FIA di mana hanya mampu bertahan untuk jarak lurus maksimum 80km sahaja. Namun apa yang kita lihat dalam perlumbaan, tayar dikekalkan sehingga 20 pusingan lebih iaitu menjangkau lebih 100km maka bagaimana ia boleh terus kekal bertahan? Ini kerana lapisan permukaan litar telah terisi dengan getah-getah tayar menyebabkan geseran dan haba yang terhasil tidak lebih tinggi berbanding dengan beberapa pusingan awal perlumbaan. Syarat tambahan yang ditetapkan oleh FIA lagi ialah tayar berkompaun sederhana memiliki kelebihan maksimum 1.2saat berbanding berkompaun keras dan bagi tayar berkompaun lembut pula kelebihan maksimum ialah 2.2saat. 

Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu ditempuh oleh para jurutera bagi menghasilkan sebuah tayar yang menepati spesifikasi dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TW #MGPM #F1

 

Comments

Follow Us