21 hari lagi menuju MotoGP (Bahagian 1)

Usaha Tangga Kejayaan

Franco Morbidelli lahir pada 4 Disember 1994, merupakan pelumba motosikal professional berasal dari Itali. Beliau adalah juara Superstock 600 Eropah pada tahun 2013 dan Juara Dunia Moto2 pada tahun 2017.

Morbidelli dilahirkan di Rome daripada ibunya yang berdarah Brazil, Cristina dan bapanya yang berdarah Itali, Livio Morbidelli. Ketika kecil, Morbidelli bersaing di kelas 80cc dan 125cc di kejuaraan tempatan itali dan menduduki tempat kedua keseluruhan. Livio Morbidelli menyedari potensi anaknya sejak usia muda tetapi tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyokong karier perlumbaan anaknya. 

Melalui rakan lumba lamanya Graziano Rossi, iaitu bapa kepada juara dunia 9 kali Valentino Rossi, Livio Morbidelli mendapat tahu mengenai pusat latihan motosikal di Tavullia. Tanpa berfikir panjang, bapanya menjual rumah mereka di Rome dan berpindah ke Tavullia untuk menyokong cita-cita anaknya dalam karier perlumbaan. Latihan bersama Rossi ini menjadi pencetus kepada apa yang kini dikenali sebagai Akademi VR46 untuk pelumba yang mana Morbidelli kemudian menjadi ahli rasmi yang pertama.

Ketika usia remaja, Morbidelli cuba untuk menyertai kejuaraan Sepanyol CEV 125cc, namun kekurangan dana menghalangnya masuk. Beliau sebaliknya berjaya dalam kejuaraan Superstock 600cc Eropah pada tahun 2011 dan 2012. Pada Januari 2013, bapa Morbidelli meninggal dunia kerana bunuh diri. Morbidelli mendapat tempat di Team Italia dengan pasukan Kawasaki untuk musim ketiga di kelas pada tahun 2013, akhirnya memenangi kejuaraan dengan 2 kemenangan dan 5 podium. 

Hasil kejayaannya dalam kejuaraan Superstock, Morbidelli mendapat tempat sebagai pelumba gantian untuk Gresini dalam 3 pusingan kejuaraan Moto2. Beliau menyertai kelas Moto2 sepenuh masa pada tahun 2014 bersama Italtrans Racing Team dan mengungguli rakan sepasukannya yang lebih berpengalaman dan bekas Juara 125cc Julián Simón. Beliau kekal bersama pasukan tersebut pada tahun 2015 dan mendapat podium pertamanya di Grand Prix Indianapolis. 

Pada tahun 2016, beliau menyertai Marc VDS Racing Team, bekerjasama dengan Álex Márquez. Selepas permulaan musim yang sukar, beliau kembali kuat pada paruh musim kedua mengakhiri musim dengan meraih 5 podium berturut-turut. Beliau meraih 8 podium secara keseluruhan dan menduduki tempat ke-4 keseluruhan. Pada tahun 2017, beliau adalah pelumba pilihan untuk  meraih gelaran juara dunia dan meraih kemenangan pertamanya pada perlumbaan pembukaan di Qatar. 

Pada musim tersebut, beliau memenangi 8 perlumbaan dengan 4 penamat podium tambahan ketika beliau memenangi Kejuaraan Dunia Moto2 2017 dengan Marc VDS setelah pencabar kejuaraan terdekatnya iaitu Thomas Lüthi tidak dapat menyertai perlumbaan untuk GP Malaysia berikutan kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan semasa sesi qualifying. 

Morbidelli naik ke kelas MotoGP pada 2018 masih bersama pasukan yang sama iaitu Marc VDS tetapi dengan jentera Honda RC213V. Beliau digandingkan dengan saingan gelaran Moto2 2017, Thomas Lüthi. Beliau menamatkan musim di tempat ke-15 keseluruhan dan meraih gelaran ‘rookie of the year’ mengalahkan Hafizh Syahrin di Tech3 Yamaha. Rakan sepasukannya, Lüthi gagal menjaringkan sebarang mata pada musim itu walaupun dengan jentera yang sama.

Untuk tahun 2019, pasukan Marc VDS mengumumkan akan meninggalkan kelas perdana MotoGP, Morbidelli menandatangani kontrak dengan pasukan Petronas Yamaha SRT yang baru dibentuk dalam perjanjian dua tahun untuk menaiki satelit "A-spec" Yamaha bersama pelumba baru Fabio Quartararo. Prestasi Morbidelli meningkat tetapi ditenggelamkan oleh prestasi rakan pasukannya yang dominan kerana mampu merebut pole position dan podium walaupun dengan jentera yang lebih rendah sementara Morbidelli tidak mendapat sebarang Podium. Dengan 115 mata, beliau menduduki tempat ke-10 keseluruhan.

Sebelum permulaan yang ditangguhkan pada musim 2020, Petronas Yamaha SRT mengumumkan bahawa Morbidelli telah ditandatangani dalam perjanjian dua tahun lagi yang bermaksud beliau akan kekal bersama pasukan. Pada musim ini, Morbidelli menunggang Yamaha spesifikasi 2019, sementara rakan sepasukannya, Fabio Quartararo, menunggang Yamaha dengan spesifikasi kilang. 

Pada bulan Ogos 2020 di Grand Prix Austria, motosikal Morbidelli bertembung dengan Johann Zarco ketika kedua-duanya bertempur melalui selekoh ke 3. Walaupun berlakunya kemalangan dramatik yang mengakibatkan bendera merah, Morbidelli tidak cedera. Beliau meraih podium MotoGP pertamanya di pusingan Czech dan meraih kemenangan pertamanya selepas tiga perlumbaan di San Marino. 

Beliau mencatatkan kemenangan karier keduanya di Grand Prix Teruel dengan mencatat rekod pusingan perlumbaan dalam sekaligus memantapkan dirinya sebagai pesaing gelaran juara dunia. Pada Grand Prix Eropah berikutnya, Morbidelli berjuang dalam perlumbaan yang sukar dan akhirnya hanya berpuas hati berakhir di tempat ke-11 sementara saingan kejuaraannya, Joan Mir mengambil kemenangan karier pertamanya sekaligus memadamkan harapan gelaran Morbidelli. 

Pada pusingan kedua Valencia pada minggu berikutnya, Morbidelli bangkit untuk merampas kembali posisi kedua dalam kejuaraan dan mengubahnya menjadi kemenangan karier ketiganya setelah melakukan serangan pusingan terakhir daripada Jack Miller. Mir menduduki tempat ke-7, cukup untuk merangkul kejuaraan di hadapan Morbidelli. Pada pusingan akhir di Portugal, Morbidelli menamatkan musim dengan podium kelima musim ini untuk mengakhiri kejuaraan sebagai naib juara 13 mata di belakang Mir.

Untuk tahun 2021, Morbidelli bekerjasama dengan pemilik Akademi VR46 Valentino Rossi dalam satu pasukan. Mampukah pasangan guru dan murid ini menyerlah musim ini? Nantikan

Teruskan bersama Two Wheels!

#twowheels #twmedia #tw #motogpcountdown #MGPM #fm21 #francomorbidelli #vr46 #rossi

 

Comments

Follow Us