- Get link
- X
- Other Apps
Tanggal 14 Mac 2021 merupakan detik bersejarah buat satu pasukan baru yang bakal bersaing dalam Kejohanan Malaysian Cubprix 2021 iaitu pasukan Tuneboss-Pink Racing.
Lebih menarik, pasukan ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dimana dimiliki penuh oleh seorang anak muda berusia 25 tahun yang juga menjadi Wanita Muda Pertama di Malaysia yang memiliki dan mengendalikan pasukannya sendiri.
‘Rider Helmet Pink’ merupakan nama jolokan beliau sebelum ini, Nurul Atikah Azwar selaku pemilik pasukan berkenaan bercita-cita untuk menaikkan lagi nama penunggang wanita dan seterusnya berkecimpung dalam sukan permotoran negara. Beliau mula melibatkan diri secara profesional dalam sukan perlumbaan sejak dari 2019. Melalui pengalaman itu, tertubuhlah pasukan Tuneboss-Pink Racing secara rasminya hari ini.
Mereka akan bersaing dalam 2 kategori iaitu CP125 dan Wira dengan mempertaruhkan Yamaha Lagenda sebagai jentera lumba rasmi. Alia Saarizan akan berlumba di kategori Wira, manakala di CP125 pula akan digalas oleh Fifi Muhamad bersama pelumba berpengalaman, Harith Baharin.
“Kami tidaklah mensasarkan keputusan yang hebat pada tahun ini namun pengalaman itu sangat berharga. Kami perlu menimba ilmu dan seterusnya mengumpul data-data perlumbaan yang penting bagi persiapan pasukan kami untuk masa mendatang. Sudah pastinya jika dapat podium ia adalah bonus buat kami!” jelas pengurus pasukan dan pemilik Tuneboss-Pink Racing, Nur Atikah ketika sidang media selepas pelancaran rasmi pasukan berkenaan.
Banyak nama besar menjalin kerjasama dengan pasukan ini antaranya Tuneboss, Racing Boy, Koyoko, NHK Helmet dan berbagai lagi. Kerjasama ini diharap dapat memajukan lagi pasukan baru itu. Pasukan ini juga bakal bersaing di Kejohanan MSBK 2021 dan Drag Racing nanti.
Semoga kehadiran pasukan ‘newbies’ ini akan memberikan saingat mantap apabila kejohanan MCP yang bakal bermula nanti. Kami, seluruh warga Two Wheels dan peminat sukan permotoran negara mengucapkan sekalung tahniah dan semoga berjaya!
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TW #MGPM
Comments
Post a Comment