TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA ZK RACING - EP4: Daniel Syahmi Kembali

Pelumba negara yang beraksi cemerlang beberapa tahun lalu dan kemudian terpaksa berehat selama setahun akibat kecederaan dan kini beliau kembali ke lapangan IATC. Beliau ialah Daniel Syahmi, antara pelumba senior di pentas Asia tersebut.

Jika kita perasan ketika perlumbaan di Qatar lalu terserlah bahawa Daniel berlumba bukan sekadar memburu podium tetapi inginkan kemenangan. Beliau sangat kuat memberi tentangan kepada kumpulan hadapan dan sekali sekala mengetuai perlumbaan buat beberapa kali.

Hal ini diakui oleh Daniel sendiri. Beliau menyatakan bahawa sememangnya target utama dirinya untuk perlumbaan musim ini ialah mengejar kemenangan pada setiap perlumbaan dan bukan selesa kekal di podium.

Pencabar utama kali ini ialah pelumba Jepun, Furusato. Ternyata bukan mudah untuk menyainginya apatah lagi ingin memintasnya di kedudukan keseluruhan kerana Furusato telah menyapu bersih mata tertinggi dalam ketiga-tiga perlumbaan pertama. Apa yang dilihat oleh Daniel, Furusato merupakan pelumba yang sangat susah ingin melakukan kesilapan maka setiap pusingan catatan masanya agak konsisten dan mudah meninggalkan pelumba-pelumba lain.

Oleh sebab itu pada perlumbaan kedua dan ketiga Daniel telah meletakkan target untuk mengekori Furusato sedari awal perlumbaan kerana Daniel tahu beliau akan dapat meloloskan diri daripada kumpulan besar apabila berjaya berada di belakang Furu. Setelah jurang masa dengan kumpulan kedua agak jauh maka Daniel mula memberi gasakan kepada pelumba Jepun tersebut dengan rancangan untuk cuba meninggalkan Furu namun ternyata ia bukan kerja yang mudah. 

Walaubagaimanapun apabila dapat kembali ke podium, Daniel Syahmi tetap bergembira. Beliau menerima ucapan tahniah istimewa daripada keluarganya. Ibu bapanya juga turut berpesan supaya Daniel tidak berputus asa bagi memburu kemenangan kerana itu perkara utama yang dikehendaki oleh pelumba negara ini. 

Semoga pada perlumbaan seterusnya Oktober ini, kemenangan akan menjadi milik Daniel.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#DS21 #iatc

 

Comments

Follow Us