TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA RIDER HELMET PINK


EP1: PENUBUHAN PASUKAN

Bermula sebagai suka-suka, Nur Atikah RIDERHELMETPINK ceburi bidang permotoran negara hanya sebagai pelapor di sebalik tabir melalui medium chanel youtube miliknya. Beliau mula merakam aktiviti-aktiviti yang tidak diketahui oleh ramai peminat terutama kerja-kerja yang melibatkan persiapan untuk menghadapi saingan Petronas Malaysia Cub Prix. Melihat kesungguhan dan ketangkasan setiap pasukan mengatur kerja, beliau mula tertarik untuk pergi lebih jauh.

Tidak lama kemudian Nur Atikah memberanikan diri untuk sepenuhnya menjadi seorang pelumba dan turut harungi saingan MCP. Sepanjang bergelar pelumba Ika menyeduk maklumat dalam bidang pengurusan sebanyak mungkin. Individu yang banyak memberikan pendedahan kepada beliau ialah Shahrol Yuzy. Segala gerak kerja dan aturan yang perlu dilakukan bagi kumpulan pengurusan dikongsi kepada Ika dengan jelas. Ini telah menimbulkan minat yang mendalam bagi Ika untuk bergerak setapak ke depan.

Tahun berikutnya Ika mula mengatur gerak kerja untuk menubuhkan pasukan. Beliau telah berjumpa dengan pihak MCP bagi mengetahui bajet yang diperlukan dan juga segala keperluan lain. Maklum balas daripada pihak MCP sangat membantu dan kemudian beliau mula membuat kertas kerja untuk mendapatkan penaja-penaja.

Usaha demi usaha, kertas kerja yang disiapkan sendiri telah ditunjukkan kepada semua pihak yang dirasakan mungkin diberi kepercayaan dan peluang. Berkat usaha gigih tersebut Ika berjaya mendapat penajaan yang diperlukan, malah turut mengeluarkan bajet sendiri untuk merealisasikan impiannya itu. Untuk permulaan musim MCP tahun ini sahaja, perbelanjaan yang telah digunakan mencecah 6 angka. 

Akhirnya Tuneboss-Pink Racing Team tertubuh dengan penaja utama ialah Tuneboss, satu jenama terkemuka dalam menyediakan sistem elektronik jentera motorsikal di Malaysia. Keluarga, kawan-kawan dan para senior di MCP menyambut baik kedatangan Ika di dunia MCP walaupun beliau sangat muda dan juga seorang gadis. 

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGpM 🇲🇾#TBPRT #MCP

 

Comments

Follow Us