AKID AZIZ KUASAI SESI KELAYAKAN

Meskipun mengalami kemalangan dalam sesi kelayakan CP150A, Mohd Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team masih mampu mencatat masa terpantas di Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang dianjurkan di Litar Permotoran Terengganu minggu ini.

 

Pelumba berusia 23 tahun tersebut nyata mempunyai motivasi tinggi untuk mengulangi kemenangan dari Pusingan 4 di Litar Utara Sepang dua minggu lalu. Akid mencatat masa terpantas 49.127s. Walaupun masih belum berjaya memecah rekod yang dipegang Azroy Hakeem Anuar, iaitu catatan masa 49.062s, Akid menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi pada hari kelayakan.

 

“Kemalangan tadi tidaklah begitu serius. Ianya cuma kesilapan saya terlalu mendekati pinggir litar. Apabila saya bangun, terasa seperti ada sedikit masalah dengan motorsikal, jadi saya bergegas balik ke pit. Mujurlah, kru pasukan sempat membuat pembaikan yang perlu dan saya bukan sahaja sempat meneruskan sesi kelayakan, malah berjaya mencatat masa terpantas,” kata Akid.

 

Sesi kelayakan begitu penting untuk kategori CP150 di pusingan ini. Buat pertama kali sejak 2010, sesi ujian kelayakan kelas CP150 menyaksikan tiga pelumba tidak dapat beraksi di pusingan akhir disebabkan hanya 24 pelumba dibenarkan berada di petak permulaan berdasarkan peraturan yang ditetapkan untuk Litar Permotoran Terengganu.

 

Situasi itu menyaksikan sesi ujian kelayakan dibahagikan kepada dua kumpulan daripada 27 pelumba dengan 24 pelumba terpantas layak ke pusingan akhir

 

Oleh itu, saingan bagi kelas perdana itu dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan untuk sesi kelayakan. Lima pelumba teratas Kumpulan A dan lima lagi dari Kumpulan B akan bertarung sekali lagi dalam sesi SuperPole untuk memastikan kedudukan grid masing-masing.

 

 

Keputusan Sesi Kelayakan

 

CP150A

1. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 49.127s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 49.304s

3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 49.365s

4. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 49.610s

5. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 49.994s

 

 

CP150B

1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 49.392s

2. Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 49.659s

3. Mohd Fitri Ashraff Razali (Honda, RCB SOLARALERT CILIK TEAM), 49.733s

4. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 49.896s

5. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha, YAMAHA GENBLU AHM MOTOR SPORTS), 50.004s

 

CP125

1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 51.897s

2. Mohd Harith Farhan Baharin (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 52.159s

3. Mohd Afizad Supaat (Honda, SCK Honda Racing Team), 52.167s

 

WIRA

1. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 52.917s

2. Allan Haris Herman (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 53.207s

3. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 53.231s

 

Comments

Follow Us