- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Flamboyan dan sukar dijangka, Kasma Daniel Kasmayuddin, kembali ke podium tertinggi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan kemenangan yang cemerlang di Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu minggu lalu.
Memulakan perlumbaan dari barisan kedua, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menggunakan lima lap pertama untuk merapati kumpulan hadapan yang dipimpin Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Akid Aziz. Tiba di belakang Akid, Kasma tidak berlengah masa mengatur strategi untuk memintas pelumba ONEXOX TKKR Racing Team tersebut.
Pada lap ke-sembilan, Kasma mula membayangi pemimpin perlumbaan, Azroy.
Dengan setiap pusingan yang berlalu, jurang antara Azroy dan Kasma semakin berkurangan. Namun demikian, Azroy kekal dengan strategi defensive. Di belakang Azroy, Kasma menggunakan setiap inci litar, mencari ruang untuk memintas.
Peluang tersebut muncul pada lap terakhir apabila Kasma berjaya melepasi benteng pertahanan Azroy di selekoh pertama. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 16’33.906s.
0.083 saat di belakang Kasma, Azroy terpaksa Akur di tempat kedua. Kedudukan podium ketiga dimenangi sekali lagi oleh Mohd Akid Aziz dengan catatan masa 16’37.192s.
“Pasukan kami menggunakan banyak masa untuk mencari setting gear dan suspensi yang tepat untuk litar yang agak teknikal ini. Sampai ke sesi kelayakan kedua untuk Pusingan 6 pada hari Ahad, saya mula berasa lebih yakin. Semasa di perlumbaan tadi, saya sebenarnya menunggu peluang yang tepat untuk memintas. Peluang itu sampai di selekoh pertama pada lap terakhir,” jelas Kasma.
Kemenangan ini adalah kemenangan pertama Kasma sejak Disember 2018. Ianya juga merupakan kemenangan pertama Cub Prix bagi Kasma semenjak kepulangannya dari kejuaraan MotoGP.
Walau bagaimanapun, Azroy yang telah mempamerkan prestasi yang konsisten sepanjang minggu ini masih mendahului carta kejuaraan CP150 dengan 103 mata. Pelumba asal Terengganu Ahmad Afif Amran kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 71 mata manakala Mohd Akid Aziz naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 70 mata.
Dalam perkembangan lain, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dan Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team menamatkan perjuangan mereka di Pusingan 5 dan 6 dengan dua kemenangan setiap seorang dalam kategori CP125 dan Wira KBS masing-masing.
Keputusan Pusingan ke 6
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 16’33.906s
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 16’33.989s
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 16’37.192s
CP150 STANDINGS
1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 103 pts
2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 71 pts
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 70 pts
CP150 TEAM STANDINGS
1. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 148 pts
2. ONEXOX TKKR Racing Team, 143 pts
3. PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 118 pts
CP125
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 13’12.619s
2. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 13’12.759s
3. Mohd Harith Farhan Baharin (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 13’16.066s
CP125 STANDINGS
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 114 pts
2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 94 pts
3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 89 pts
CP125 TEAM STANDINGS
1. Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, 208 pts
2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 148 pts
3. ONEXOX TKKR Racing Team, 102 pts
WIRA KBS
1. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 10’40.218s
2. Mohd Farid Hakimi Farid Sezli (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 10’40.530s
3. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’48.591s
WIRA KBS STANDINGS
1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 107 pts
2. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 99 pts
3. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 91 pts
Comments
Post a Comment