Aprilia Mengganas

Keinginan untuk mencapai sesuatu haruslah realistik jika tidak ia akan memberi tekanan yang besar dan akhirnya seseorang pelumba itu tidak berada dalam keadaan yang tenang. Kita tahu bahawa apabila seorang pelumba itu tidak mempunyai jiwa yang tenang maka dia mudah untuk melakukan kesilapan.

Secara jelas kita telah nampak kebangkitan kem Aprilia pada tahun lepas. Tidak disangka pelumba harapan mereka, Aleix Espargaro telah berjaya menjejakkan kaki ke podium buat kali pertama. Ia telah membuka mata kebanyakan orang setelah mana Aprilia sebelum ini dilihat tidak begitu berdaya saing. Yang nyata ramai pelumba di Moto2 menolak tawaran Aprilia untuk menjadi pelumba mereka.

Aleix pada tahun lepas menyasarkan untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik dan akhirnya beliau berjaya berada di kedudukan ke 8 keseluruhan. Melihat potensi jenteranya semakin baik maka untuk tahun ini, bapa kepada bayi kembar tersebut meletakkan target untuk berada dalam kelompok 6 teratas. 

Aleix menyatakan sememangnya beliau ingin menang dan menjadi juara dunia akan tetapi ia terlalu tinggi untuk masa ini. Oleh itu beliau yakin dengan usaha keras yang diberikan oleh pasukan dan dirinya sendiri maka 6 teratas dilihat realistik.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#AE42 #aprilia #MotoGP

 

Comments

Follow Us