Mandalika Test : 7 Pelumba Ducati Teratas

 

Litar baharu, Mandalika Street Circuit tidak mempunyai laluan lurus yang panjang. Jarak terpanjang adalah kira-kira 500m sahaja dan ini akan membataskan kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah jentera.

Pada sesi ujian yang lepas, 7 pelumba Ducati berada di kedudukan teratas untuk rekod kelajuan maksimum. Pendahulu tidak lain dan tidak bukan ialah Johan Zarco dengan kepantasan 314.8km/j. Hanya beliau sahaja yang mencecah catatan 314. Enea dan Pecco pula mencatatkan bacaan 312km/j, Miller dan Bezzecchi 311km/j dan Marini bersama Martin dengan rekod 310km/j. 

Untuk pengetahuan semua, tiada jentera lain yang mampu mencatatkan bacaan 310 dan ke atas. Pengeluar lain yang paling hampir dengan Ducati ialah Aprilia dengan kelajuan 309km/j yang dicatatkan oleh Maverick Vinales.

Bagi yang tercorot pula ialah Yamaha melalui pelumba mereka iaitu Franco Morbidelli dengan catatan 301.6km/j. Jika dihitung secara kasar maka boleh disimpulkan perbezaan antara Ducati dan Yamaha adalah sekitar 10km/j dan itu jurang yang agak besar.

Sememangnya sudah diketahui ramai bahawa Yamaha menggunakan enjin 'inline-4' yang mana tidak berkuasa sebesar enjin 'V4' yang digunakan oleh Ducati. 

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#Ducati #Yamaha #MotoGP

Comments

Follow Us