Perbezaan Litar Kekal dan Litar Jalanan

Dalam dunia perlumbaan baik roda dua mahupun empat, di sana ada 2 jenis litar yang digunakan. Pasti anda pernah dengar gelaran 'litar jalanan' bukan? Ia tidak banyak digunakan jika dibandingkan dengan litar tetap. Apakah perbezaan untuk kedua-dua jenis litar tersebut?

Litar tetap merupakan litar yang mempunyai struktur binaan utama dan sokongan yang tetap serta 'buffer zone' antara litar dan penempatan awam. Sebagai contoh ialah litar yang paling berpengalaman dalam siri penganjuran MotoGP dan F1 di Asia Tenggara, Litar Antarabangsa Sepang. Ia mempunyai struktur binaan utama seperti  pusat kawalan, paddock, pit, pusat perubatan, tempat penonton serta struktur sokongan yang tetap dan tidak boleh diubah atau ditukar bentuk.

Litar jalanan pula mempunyai struktur utama dan sokongan yang boleh diubah atau dipindahkan mengikut kesesuaian kejohanan yang dianjurkan. Bagaimana Litar Mandalika dikategorikan sebagai litar jalanan sedangkan kebanyakan bangunannya adalah bersifat tetap? Litar Mandalika tidak mempungai 'buffer zone' antara penempatan penduduk di persekitaran litar dan kebanyakan struktur utama litar bukanlah bersifat kekal serta saiz struktur-struktur sokongan juga kecil. Begitu juga Litar Monaco yang sekian lama aktif menganjurkan perlumbaan F1, tidak dilupakan juga jiran kita Singapura.

Sememangnya Litar Mandalika merupakan litar tercantik dalam kategorinya sendiri namun janganlah dibandingkan dengan litar-litar lain yang bersifat tetap atau kekal kerana tidak banyak perubahan yang boleh dilakukan. Lebih adil jika dibandingkan dengan Litar Monaco yang sememangnya menjadi pilihan kebanyakan jutawan dunia untuk melancong malah menetap.

Semoga penerangan ini dapat membuka minda kita untuk berfikir dan Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #Mandalika #StreetCircuit


 

Comments

Follow Us