Rangkuman #MandalikaTest

Ujian rasmi pra-musim MotoGP di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika telah melabuhkan tirai semalam dan semestinya ianya memahat satu sejarah baru sukan permotoran dua roda di Indonesia serta Asia. MotoGP kembali ke Indonesia setelah 25 tahun ianya tidak dianjurkan di negara tersebut. Untuk rekod, Litar Mandalika telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan WorlSBK dimana Toprak Razgatlouglu telah mecatat masa terpantas 1:32.877 ketika sesi kelayakan. Bagi sesi ujian rasmi MotoGP semalam, Pol Espargaro berjaya mencatat masa terpantas 1:31.060 dengan perbezaan 1.817 saat berbanding WorldSBK. 

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Semestinya  akan ada buruk dan baik setelah selesai setiap acara dan ujian rasmi MotoGP di Litar Mandalika tidak boleh lari dari perihal ini. Berikut merupakan rumusan ‘The Good, The Bad’ bagi Mandalika Test.  

1. Litar Mandalika mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan.

2. Litar tidak digunakan untuk sebarang acara selepas kejohanan WorldSBK sehingga minggu #MandalikaTest 

3. MotoGP menyifatkan Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika sebagai sebuah litar jalanan tercantik di dunia. 

4. Peminat indonesia melayan pelumba MotoGP seperti 'bintang'. 

5. Litar telah dibersihkan pada minggu ujian pra-musim namun kembali kotor setelah hujan lebat yang panjang turun sehari sebelum hari ujian. 

6. Kerja-kerja pembinaan grandstand di litar juga menjadi penyebab litar kembali kotor setelah hujan turun. 

7. Beberapa pelumba tidak berpuas hati dengan keadaan litar pada hari pertama ujian, mengajukan aduan kepada Race Direction dan pihak litar namun pelumba diarah untuk melakukan 20 pusingan didalam litar supaya litar lebih bersih. 

8. Jentera-jentera MotoGP didapati mengalami kerosakan kosmetik (paint chip) selepas ujian di Litar Mandalika. 

9. Pecco Bagnaia mengalami lebam di tangan dan Alex Marquez cedera di tengkok kerana terkena batu yang terpelanting ketika mengekori jentera lain di litar. 

10. Dalam keadaan litar yang tidak begitu baik, pelumba-pelumba MotoGP tetap lebih pantas dpd sbk 

11. Seramai 21 pelumba berada dalam jurang 1 saat. 

12. Tar telah rosak di beberapa bahagian litar, terutama di selekoh pertama memerlukan pembaikan sebelum pusingan MandalikaGP bulan Mac. 

Semestinya kita tidak boleh lari dari pujian dan kritikan namun kita perlulah menerima segala kritikan secara profesional. Pusingan pertama MotoGP akan berlangsung pada 6 Mac di Qatar dan seterusnya kembali ke Mandalika untuk pusingan kedua. Semoga revisit Mandalika lebih baik dari minggu lepas. 

Teruskan bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MandalikaTest #Mandalika #WinterTest #MotoGP

 

Comments

Follow Us