Yamaha perkenal R1 Race

13 perkara yang berlaku di Mandalika

Rangkuman IndonesianGP

Kali ini kita membincangkan tentang rangkuman perumbaan iaitu satu artikel berkaitan dengan rumusan apa yang terjadi pada perlumbaan minggu lepas di Mandalika. Untuk sebelum ini kami ada buat dalam bentuk video namun atas faktor komitmen dan kekurangan tenaga kerja, untuk tahun ini kami akan mulakan Rangkuman dalam bentuk artikel.

Kami akan bahagikan cerita bermula daripada kelas bawah hingga kelas utma MotoGP 

IATC

1) Hakim Danish Back To Back win

Hakim Danish memenangi kedua-dua perlumbaan di Mandalika. Ini adalah kemenangan pertamanya semenjak bersaing di IATC bermula pada tahun lepas. 

Podium Race 1

Podium Race 2

Kemenangan ini adalah perlumbaan ke 11 dan 12 beliau dalam kariernya di IATC. Pada perlumbaan 1, Hakim Danish telah memenangi meninggalkan tempat ke 2 dengan jarak 15 saat. Hakim Danish kini mengungguli kedudukan keseluruhan sementara di tempat pertama. 




2) Pelumba rookie Malaysia menimba ilmu dan mencari pengalaman.

Musim ini adalah musim kedua bagi Hakim Danish namun kali ini ZK Racing telah menghantar 3 rookie yang datang daripada kejohanan MiniGP malaysia iaitu Farish Hafiy, Emil Idzhar dan Farres Putra turut bersama bersaing di Mandalika. 

Berjaya menamatkan kedudukan top15 sekaligus anak muda ini mampu membawa pulang pungutan mata. Namun nasib kurang baik untuk Farres Putra yang tidak berjaya membawa pulang sebarang mata untuk kali ini. 

Berikut adalah keputusan pelumba Malaysia di IATC :

Race 1

P1) Hakim Danish (13)

P9) Farish Hafiy (19)

P10) Emil Idzhar (17)

DNF) Farres Putra (8)

Race 2

P1) Hakim Danish (13)

P13) Farish Hafiy (19)

P15) Emil Idzhar (17)

DNF) Farres Putra (8)




📸 IATC

Moto3

1) Tiada saingan longgok untuk merebut P1

Dennis Foggia menamatkan perlumbaan di tempat pertama tanpa tekanan kerana telah menamatkan perlumbaan dengan jarak 5 saat di depan. 

Pelumba itali itu memecut laju meninggalkan kumpulan lain dan terus konsisten menjaga pace sehingga akhir perlumbaan. 


2) Pole,Penalti dan Podium

Carlos Tatay menunjukkan aksi yang sangat mengagumkan. Beliau yang bermula daripada pole position telah bergelut pada awal perlumbaan. 

Setelah itu beliau dikenakan penalti kerana melebihi track limit Dan tercorot ke posisi 14. Walaupun sedikit rugi, ini tidak mematahkan semangat beliau apabila berjaya comeback dan menamatkan saingan di kedudukan Podium (P3). Permulaan yng baik untuk CF Moto yang baru sahaja bersaing pada musim ini di Moto3.


Moto2

1) litar panas, lap dikurangkan

Selepas perlumbaan Moto3 berlangsung, race direction melihat ramai yang kehilangan grip dan mempunyai masalah daya tahan tayar kerana suhu litar yang terlalu panas. 

Jadi untuk Moto2 race direction memutuskan untuk memendekan jumlah lap yang pada asalnya iaitu 25 lap menjadikan perlumbaan baru-baru ini hanyalah berlangsung selama 20 lap. 


2) Pelumba Thai pertama memenangi perlumbaan dalam mana-mana kategori di MotoGP

Usaha dan kerja keras Somkiat Chantra akhirnya berbuah manis apabila berjaya memenangi perlumbaan Moto2 pertama beliau dalam kariernya. 


Beliau telah mendahului perlumbaan sejak selekoh pertama lagi dan terus dominan mengawal jentera di tempat pertama hingga tamat perlumbaan. Dengan ini, kemenangan beliau telah mencatatkan rekod kemenangan pertama rakyat Thai di MotoGP.


3) King of comeback

Pedro Acosta dikenakan long lap penalti kerana beliau terjatuh ketika kibaran bendera kuning pada sesi kelayakan. Namun ianya tidak menghalang rookie ini untuk memperbaiki kedudukan dan berjaya menamatkan saingan di tempat ke 9.

📸Redbull KTM ajo


MotoGP

1) KTM Rain Master


📸Redbull KTM Factory

Oliveira dan KTM berjaya memenangi perlumbaan dan sekaigus podium ke 2 KTM buat musim ini. Oliveira mula daripada row ke 3 iaitu P7 terus ke hadapan pada selekoh pertama. Sempat bersaing dengan Jack Miller yang merebut posisi pertama dan akhirnya mampu dipotong oleh Oliveira. 

Beliau berjaya mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlumbaan. Keputusan ini sekaligus membuktikan beliau masih layak berada di KTM Factory dan menyangkal dakwaan haters yang berkata Oliveira sudah ‘hilang’. 

Rakan pasukannya Brad Binder juga mendapat keputusan cemerlang P8 walaupun bergelut mempunyai masalah teknikal pada jenteranya. 


2) Quartararo kini tak takut air

📸MotoGP

Umum mengetahui bahawa Juara Dunia 2022, Quartararo kurang menyengat jika perlumbaan litar basah. Ini dibuktikan jika sesi latihan bebas, jika hujan beliau tidak mampu mencatatkan catatan masa yang baik dan biasanya akan tercorot. 

Malangnya perlumbaan kali ini hujan dan ramai menduga bahawa Quartararo tidak akan mampu mempertahankan kedudukan pole beliau. Namun perkara ini dinafikan olehnya dengan berjaya memperolehi podium ke 2 di garisan penamat. 

Walaupun bergelut pada awal perlumbaan, beliau mampu tampil yakin dan menunggang seperti ikan memotong kembali duo ducati yang ditunggang oleh pelumba yang ‘pakar hujan’. 


3) Darryn Binder super rookie tawan senior


Kontroversi pada pusingan pertama yang lalu apabila dituduh berlumba secara sangat agresif dan dikritik sebagai monyet tidak mematahkan semangat beliau untuk tampil dengan lebih baik. 

Darryn yang bermula daripada petak ke 22(dianjak kerana ketiadaan Marc) telah bersaing memotong satu per satu sehingga kedudukan ke 8. Beliau telah mendahului pelumba yang lebih senior dan bekas-bekas juara dan runner up Moto2 dalam keadaan litar basah. 

Namun pergerakkan agresif oleh abangnya sendiri telah membawa beliau turun 2 anak tangga tamat pada kedudukan ke 10. Not bad for super rookie yang datang daripada kelas Moto3


4) Penalti di grid mengganggu prestasi

📸Franky

Franco Morbidelli dikenakan penalti tambahan 3 tempat ke belakang untuk starting grid kerana pada sesi latihan sabtu, beliau menukar grid pada waktu Mir mulakan 'practice start'. Tindakan Franky itu menyebabkan Mir yang sedang meluru laju, terkejut dan hampir tergelincir.


5) Peminat Marc Marquez Hampa


Setelah ketiadaan Rossi pada musim ini, tumpuan pula tertumpu kepada Marc Marquez selaku peminat paling ramai di Grid setakat ini. 

Marc tidak dapat mengikuti perlumbaan akibat terjatuh (highside) ketika sesi warm up. Beliau dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan 'unfit' untuk sertai perlumbaan. Beliau disahkan tidak cergas kerana ada gegaran pada bahagian otak. 

Beliau telah cuba dihantar ke Hospital berdekatan namun malangnya di sana tiada peralatn canggih untuk mergubati kecederaan itu serta merta. 

Marc dan pasukan memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan di pusingan #indonesianGP


6) Masalah Teknikal, Dovi tak dapat buktikan beliau masih relevan


Andrea Dovizioso tidak berjaya menamatkan pelumbaan kerana masalah teknikal pada jenteranya. Dovi bermula dengan agak baik dan namanya semakin naik ke kelompok 1 teratas

Umum mengetahui bahawa Dovi adalah salah seorang pelumba yang sangat berani dalam keadaan litar basah. Penampilannya pasti ditunggu-tunggu oleh peminat yang ingin melihat kemampuannya dalam mengawal jentera Yamaha.

Sekian itu sahaja Rangkuman buat kali ini, jika anda ingin tambah sila nyatakan di ruangan komen. Jumpa lagi di Rangkuman akan datang, Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us