- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa pada musim ini di F1, kita dikejutkan dengan penarikan penajaan Uralkali di pasukan Haas dan ini sekaligus menyinkirkan pelumba asalnya iaitu Nikita Mazepin. Ini kerana Mazepin dikontrak atas sebab persetujuan 2 pihak penaja milik bapanya itu dengan Haas, dengan perpisahan tersebut makan berpisahlah mereka.
Selepas beberapa hari kejadian tersebut berlaku, Haas tidak menunggu lama mengumumkan bahawa bekas pelumbanya, Kevin Magnussen menggantikan Mazepin untuk musim 2022.
Ini mengejutkan ramai pihak dan rata-ratanya tidak bersetuju K-Mag digantikan di posisi tersebut atas kerana rekod beliau di F1 bukanlah begitu menyerlah. Namun sangkaan itu dinafikan oleh K-Mag dengan mengungguli catatan masa hari ke 2 Bahrain Test di tempat pertama.
Walaupun ini hanyalah ujian, namun beliau membuktikan bahawa beliau masih relevan beraksi di kejohanan F1 walaupun sudah meninggalkan sukan ini sejak 2019.
Apa yang menarik, Magnussen pernah menguji jentera Indicar namun beliau hanya berada dalam kelompok tercorot dan dengan kemunculan semula ini, menguatkan lagi pertanyaan bahawa adakah Indycar lebih sukar berbanding F1?
Jika kita lihat dari segi top speed, indycar lebih tinggi berbanding F1 dan F1 lebih kepada selekoh tajam dengan Gforce yang tinggi menyebabkan sukan F1 lebih laju berbanding Indycar dalam satu pusingan.
Mampukah Magnussen menyerlah kembali musim ini? Kita nantikan !
Teruskan Bersama Two Wheels!
📸Haas Team
Comments
Post a Comment