20 Pelumba Turut Serta Ride Santai di Jakarta , 16 Daripadanya Rider MotoGP

 


Menjelang GP Mandalika minggu depan, diadakan satu acara perarakan menunggang Motosikal mengililingi bandar Jakarta. Perarakan ini juga dihadiri oleh Petinggi Indonesia, Presiden Joko Widodo yang akan dimulakan dan diakhiri di Istana Merdeka.


Beliau akan menyambut kesemua pelumba yang hadir di Istana dan bergabung berarak bersama-sama dengan pelumba. Acara ini akan diikuti oleh 20 Pelumba, 16 daripadanya adalah pelumba kelas utama MotoGP dan selebihnya pelumba tempatan dan Moto2.

Berikut adalah senarai pelumba yang akan mengikuti perarakan ini :

1) Marc Marquez
2) Pol Espargaró
3) Joan Mir
4) Alex Rins
5) Francesco Bagnaia
6) Jack Miller
7) Enea Bastianini
8) Fabio Di Giannantonio
9) Johann Zarco
10) Jorge Martin
11) Alex Marquez
12) Takaaki Nakagami
13) Andrea Dovizioso
14) Darryn Binder
15) Luca Marini
16) Marco Bezzecchi
17) Bo Bendsneyder
18) Gabriel Rodrigo
19) Mario Aji
20) Veda Ega Pratama



Acara yang sama ini pernah diadakan di Qatar minggu lalu yang dihadiri oleh 3 pelumba, Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo dan Joan Mir Menuju ke Stadium bola sepak sempena Piala Dunia yang bakal diadakan di sana.



Acara ini juga pernah diadakan di Malaysia pada tahun 2018 ketika Hafizh Syahrin bersama Monster Yamaha Tech 3 di kelas MotoGP sempena perlumbaan di Sepang. Hafizh bersama Danilo Petrucci dan pelumba Malaysia yang lain menunggang jentera MotoGP mengelilingi Bandar Kuala Lumpur.

Sebelum ni beberapa orang je, bayangkan 20 pelumba ride, pergh shahduuu. Terbaik Indonesia!.Teruskan Bersama Two Wheels! 

Comments

Follow Us