Yamaha perkenal R1 Race

Top 20 Atlet yang mendapat bayaran tertinggi pada 2022. Rider MotoGP tidak tersenarai!


Umum mengetahui bahawa setiap sukan yang ada di dunia ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tidak kira lah berapa modal yang sudah dikeluarkan oleh sesuatu sukan itu namun akhirnya jumlah peminat dan pendedahan yang akan menentukan nilai sesuatu sukan.

Semakin ramai peminat maka semakin tinggi bayaran yang diperolehi oleh setiap atlet untuk sesuatu sukan. Ada juga sukan yang mempunyai kelas yang tersendiri seperti Golf yang menyebabkan sukan itu dikategorikan dalam sukan kayangan dan atlet yang bersaing disana juga dibayar dengan nilai yang lumayan.

Dalam dunia permotoran, kita tahu bahawa modal yang di keluarkan oleh mereka sangatlah tinggi namun atlet di sukan permotoran seperti F1 dan MotoGP masih tidak dapat menandingi gaji mereka seperti Bola sepak. Jika kita membuat perbandingan 2 sukan permotoran ini, MotoGP masih lagi jauh ketinggalan dari sektor gaji jika dibandingkan dengan F1. 

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi top 20 atlet yang mendapat bayaran tertinggi di dunia pada 2022 daripada globalhour.com. Dalam senarai ini hanya ada 1 atlet yang datang dalam dunia permotoran dan ianya bukan datang daripada MotoGP. 

Biasanya sukan akan dibayar mengikut musim dan tahun jadi jumlah ini adalah anggaran setahun. Berikut adalah senarai 20 atlet termahal di dunia

20) Dustin Johnson
Sukan : Golf
Kadar bayaran : $44.5 M (RM186.3 juta)

19) Giannis Antetokounmpo
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $47 M (RM196.8 juta)

18) Ronnie Stanley
Sukan : Ragbi 
Kadar bayaran : $50 M (RM209.4 juta)

17) David Bakhtiari
Sukan : NFL 
Kadar bayaran : $50 M (RM209.4 juta) 

16) James Harden
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $51 M (RM213.5 juta) 

15) Patrick Mahomes
Sukan : Ragbi 
Kadar bayaran : $54 M (RM228.2 juta) 

14) Russell Westbrook
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $59 M (RM247.0 juta) 

13) Tiger Woods
Sukan : Golf
Kadar bayaran : $60 M (RM251.2 juta) 

12) Naomi Osaka
Sukan : Tenis
Kadar bayaran : $60 M (RM251.2 juta) 

11) Stephen Curry
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $74 M (RM309.8 juta) 

10) Kevin Durant
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $75 M (RM314.0 juta) 

9) Tom Brady
Sukan : Ragbi 
Kadar bayaran : $76 M (RM318.2 juta) 

8) Lewis Hamilton
Sukan : Formula 1
Kadar bayaran : $82 M (RM343.3 juta) 

7) Roger Federer
Sukan : Tenis
Kadar bayaran : $90 M (RM376.8 juta) 

6) Neymar jr.
Sukan : Bola Sepak
Kadar bayaran : $95 M (RM397.8 juta) 

5) LeBron James
Sukan : Basketball
Kadar bayaran : $96.5 M (RM404.0 juta) 

4) Dak Prescott
Sukan : Ragbi
Kadar bayaran : $107.5M (RM450.1 juta) 

3) Cristiano Ronaldo
Sukan : Bola Sepak
Kadar bayaran : $120 M (RM502.4 juta) 

2) Lionel Messi
Sukan : Bola Sepak
Kadar bayaran : $130 M (RM544.3 juta) 

1) Conor McGregor
Sukan : UFC (Seni mempertahankan diri campuran)
Kadar bayaran : $180 M (RM753.7 juta) 

*Duit dalam Malaysia dikira pada tarikh artikel ini dikeluarkan (10/3/2022)

Kita boleh lihat, dalam kesemua senarai ini, hanya seorang dari sukan permotoran yang tersenarai iaitu Lewis Hamilton daripada sukan F1. Pelumba MotoGP pula tidak langsung tersenarai kerana nilai gaji mereka masih rendah jika dibandingkan dengan sukan lain. Terbaharu pemandu F1, Max Verstappen dikatakan mendapat bayaran yang tinggi iaitu $50M (RM209.4juta) bermula musim depan yang diikat selama 6 tahun sehingga 2028.

Sebagai rekod, ramai atlet yang tersenarai didalam ini merupakan atlet daripada sukan Basketball dan mungkin sukan ini mempunyai permintaan yang tinggi disana selain bola sepak.

Jadi, berapakah Anggaran gaji pelumba MotoGP sebenarnya? tahun lalu, kita dapat lihat Marc Marquez adalah pelumba yang mendapat bayaran tertinggi iaitu sebanyak anggaran $20M (RM 83.7 juta).

Walaubagaimanapun, tiada nilai yang jelas untuk kesemua senarai diatas dan ni adalah anggaran sahaja. Nilai ini juga adalah gaji yang dibayar pasukan sahaja dan belum mengambil kira penajaan peribadi.

Risiko tinggi didalam sukan permotoran belum tentu mendapat gaji tinggi. Apa pendapat anda? Teruskan Bersama Two Wheels!


Comments

Follow Us