Yamaha perkenal R1 Race

2022 Yamaha 135LC Fi Hanya untuk Malaysia? Harga bermula RM 7,798

Setelah beberapa hari tersebar gambar facelift jentera yamaha, kini ianya RASMI model terbaharu 135lc versi ke 8 kini dilancarkan dengan harga bermula RM 7,798.

Dari segi luaran, Jentera ini mendapat pengubahsuaian yang drastik terutama pada bahagian hadapan dan belakang. Kita boleh lihat pada bahagian lampu hadapan, ianya dipadankan dengan kepala model Y15zr V2 dan bahagian dada pula dikenakan lampu yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Bagi bahagian belakang pula, rekaan lampunya seakan sama seperti abang longnya iaitu R1 dan dipercayai mereka menggunakan lampu yang sama diambil daripada model R15. Ini sekaligus menjadikan 135lc kali ini tergolong dalam 'R1 family'. 

135LC Fi 2022 kali ini menggunakan paparan meter LCD digital. Saiz tayar pula dipadankan dengan rim 17 inci 6 batang iaitu model yang sama digunakan oleh 125zr sebelum ini. Lebih menarik, ianya menggunakan brek disk untuk depan dan belakang menjadikan jentera ini dikatakan kemuncak model LC.

Untuk model kali ini, ianya dikuasakan oleh enjin 135 cc single-cylinder, liquid-cooled mill EFI yang mematuhi piawaian standard Euro 4. Horse Power juga dipercayai mampu mencecah sehingga 12.4 hp pada 8,000 pm sementara 12.2 Nm of torque pada 6,000 rpm. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, model kali ini lebih berkuasa iaitu 12 hp pada 8,500 rpm and 11.79 Nm of torque pada 5,500 rpm. 

Apa yang menarik, LC baharu ini mempunyai satu model istimewa iaitu 135LC Fi SE yang dilengkapi dengan bakul rekaan khas di mana ia mempunyai slot kotak kalis air untuk menyimpan barangan elektronik seperti telefon bimbit dan turut disediakan port pengecasan USB 

Pilihan warna untuk 135 LC Fi ialah Ruby Red, Crystal Cyan dan Midnight Star manakala 135LC Fi SE hanya terdapat dalam Desert Storm. Jentera ini akan berada di pasaran melalui pengedar-pengedar sah Hong Leong Yamaha Motor bermula 14 Mac ini.


GAMBAR














Comments

Follow Us