- Get link
- X
- Other Apps
Semalam, berlangsungnya sesi media antara pihak SIC dan media membincangkan tentang penganjuran MotoGP pada Oktober nanti, Jadi kami akan berkongsi perihal perbincangan tersebut melalui artikel.
Umum mengetahui bahawa semenjak SIC diambil alih oleh CEO Azhan Shafriman Hanif atau lebih mesra dipanggil Shaf, belum pernah lagi beliau menguruskan acara berprestij MotoGP ini. Jadi kali ini beliau ingin membuat sesuatu kelainan yang istimewa kepada seluruh peminat.
Untuk kali ini, beliau berkata akan lebih fokus lebih kepada ‘fan experience’ iaitu akan membuat acara - acara yang lebih dekat dengan citarasa peminat dan akan membuat bancian rapi apa yang peminat mahukan. Namun jadual dan acara tersebut masih lagi dalam perbincangan antara pihak SIC dan Penaja utama Petronas.
Shaf sendiri mahukan kelainan ini supaya Litar Sepang akan diingati dan ada keistimewaan berbanding litar di Asia Tenggara yang lain iaitu Mandalika dan Buriram. Selain itu SIC akan memperbaiki infrastruktur yang ada dan merancang ingin melebarkan pintu masuk tiket supaya lebih aliran masuk trafik berjalan lebih lancar untuk mengurangkan kesesakan.
Ditanya mengenai tema MalaysianGP tahun ini iaitu #WelcomeHome, Shaf menerangkan bahawa Litar Antarabangsa Sepang amat sinonim dengan motto ‘Home Of Motorsports’ dan pemililihan Welcome Home menggambarkan kembalinya penganjuran sukan permotoran serta peminat ke Litar Sepang.
Semoga penganjuran MotoGP kali ini kembali meriah setelah dua tahun ianya tidak dianjurkan di Malaysia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment