- Get link
- X
- Other Apps
Rookie Moto2 dan juga juara dunia Moto3 tahun lepas, Pedro Acosta nampaknya bakal direbut oleh pengeluar-pengeluar selain KTM di kelas perdana. Buat masa ini beliau digenggam erat oleh KTM dan sudah dijanjikan tempat untuk ke kategori utama tahun hadapan.
Setelah melakukan debut Moto2 di Qatar lepas, ternyata Acosta tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan jentera besar malah beliau telah menunjukkan kepada senior-senior bahawa dirinya turut 'ada' di sana.
Bakat beliau ini dikatakan telah menarik minat Honda. Pit Beirer mengatakan, ia satu bukti bahawa program 'mendidik' pelumba-pelumba muda di pentas RedBull Rookies ternyata berkesan. Sememangnya kejohanan tersebut diwujudkan untuk membawa bakat-bakat muda ke pentas antarabangsa dalam keadaan yang lebih bersedia dan berdaya saing.
Teruskan bersama Two Wheels...!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #PA37 #KTM #HRC #MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment