- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Juara bertahan CP125 Mohd Adib Rosley bertekad untuk membantu pasukan YY Pang Yamaha Racing mempertahankan prestasi pasukan tersebut dalam kategori CP125.
Menjelang pusingan pembuka tirai musim 2022 PETRONAS Malaysian Cub Prix minggu ini, Adib akan kembali ke litar berpaut dengan azam dan kegigihan.
"Saya jangka perlumbaan akan menjadi lebih sengit tahun ini. Memandangkan musim 2022 merupakan musim ketiga bagi kelas CP125."
Niat Adib disambut oleh penyelaras pasukan YY Pang Yamaha Racing, Gary Pang. "Kami bertekad untuk meneruskan perjuangan untuk mengekalkan kedudukan pasukan kami di tangga teratas kejohanan. Impian kami bukan mudah tetapi kami yakin bahawa pengalaman yang telah kami perolehi menerusi kejuaraan tahun-tahun sebelumnya dan usaha gigih, kami dapat mengecapinya."
#TwoWheels #MCP
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment