- Get link
- X
- Other Apps
Berbekalkan rezeki seorang ayah baharu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran, memulakan kempen musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan nada positif apabila berjaya memenangi perlumbaan pembuka tirai di Litar Sepang Utara.
Bermula dari petak pertama, Afif tampil dengan persembahan yang begitu mantap sehingga melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 14’32.412s.
“Ini adalah permulaan yang amat baik untuk pasukan saya. Saya amat berterima kasih kepada kru pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing yang telah bekerja keras sejak akhir tahun lalu demi menghasilkan perlumbaan yang baik di pusingan pertama,” kata Afif.
Turut menceriakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Mohd Izzat Zaidi Salehan yang baru menyertai pasukan tersebut turut menamatkan perlumbaan di kedudukan podium. Izzat berjaya meragut kedudukan kedua dengan catatan masa 14’32.435s. Tempat ketiga jatuh ke tangan Mohd Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
Sementara itu, dalam kategori CP125, Mohd Hafiza Rofa dan Mohd Syafiq Rasol menghadiahkan kemenangan 1-2 kepada pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 11’20.624s dan 11’20.624s masing-masing. 0.072 saat di belakang duo pasukan ONEXOX TKKR Racing, Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Racing turut megah di tempat ketiga dengan 11’20.696s.
Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium perlumbaan pusingan pertama musim 2022 menerusi Mohd Syamil Amysar Mohd Iffende, Mohd Danish Aiman Zamrul dan Mohd Adam Haikal Jahar.
Podium Pusingan 1 CP150:
1. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.412s.
2. Mohd Izzat Zaidi Salehan (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.435s
3. Mohd Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 14’32.455s
Podium Pusingan 1 CP125:
1. Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.624s
2. Mohd Syafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.661s
3. Mohd Syafiz Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 11’20.696s
Podium Pusingan 1 Wira KBS:
1. Mohd Syamil Mohd Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’13.921s
2. Mohd Danish Aiman Zamrul (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.747s
3. Mohd Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.782s
Musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berehat untuk menghormati bulan Ramadhan dan Syawal. Pusingan 2 akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 14 dan 15 Mei nanti.
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment