Asia Road Racing CHampionship Membuka Tirai

 

 

Setelah dua tahun ARRC tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, perlumbaan pembuka tirai untuk musim 2022 kini kembali di Litar Antarabangsa Chang Buriram, Thailand pada 25 hingga 27 Mac ini. 

Peminat sudah tidak sabar lagi menantikan aksi pelumba terbaik Asia yang datang dari India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam yang akan bersaing dalam kategori ASB1000, SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc yang paling popular. 

Ron Hogg, Pengarah Two Wheels Motor Racing iaitu penganjur perlumbaan Kejuaraan Lumba Asia FIM berasa amat gembira kembalinya kejohanan ini.  Katanya, beroperasi di rantau yang luas dan pelbagai seperti Asia, menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih mencabar dari sebelum ini. Ini kerana setiap negara telah menggubal peraturan dan prosedur mereka yang berbeza untuk memastikan kawalan lebih ketat sekaligus dapat mengelakkan kes Covid melanda. Cabaran-cabaran ini bukan sahaja telah menyukarkan sukan permotoran untuk beroperasi, malah acara sukan lain juga turut terkena kesannya. 

Untuk musim ini, Litar Buriram akan menganjurkan kejohanan ini sebanyak 2 kali iaitu pusingan pembukaan dan penutup 2022. “Kepulangan kami ke Litar Antarabangsa Chang menjadikan FIM Asia Road Racing Championship adalah acara sukan permotoran antarabangsa pertama yang dianjurkan di Thailand dalam tempoh dua tahun.  Untuk ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Sukan Thailand dan kakitangan serta pengurusan Litar Antarabangsa Chang yang bekerja keras.”

 “Tidak lupa juga terima kasih dan penghargaan ikhlas kami kepada rakan kongsi kami, pasukan dan pengeluar atas sokongan berterusan mereka. Sukan permotoran Asia mempunyai rekod prestasi yang baik untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.  Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama berpegang atas semangat juang yang sama.  Bersama-sama, kita boleh mengemudi sukan ini kembali ke landasan yang betul!”

 “Kami, pihak Litar Antarabangsa Chang, kami berbesar hati dan gembira kerana akhirnya dapat menjadi tuan rumah Kejuaraan FIM ARRC di Thailand sekali lagi. Ini kerana Buriram telah dipilih sebagai perlumbaan pembukaan dan perlumbaan terakhir musim ini.  Litar Antarabangsa Chang sentiasa bersedia untuk berpeluang menganjurkan kejohanan antarabangsa 2 kali pada musim ini selepas berehat selama lebih 2 tahun. Justeru, kembalinya Kejuaraan FIM Asia Road Racing ini sekali gus akan memberi galakkan kepada peminat sukan permotoran di Asia khususnya peminat di Thailand.  Pada masa yang sama, ianya dapat merangsang ekonomi dengan keseluruhan dan akan membawa proses pembangunan industri sukan permotoran di Thailand.” tambah Encik Newin Chidchob, Presiden Litar Antarabangsa Chang.

Tahun ini, tugasan yang paling sukar ialah mengadakan perlumbaan dalam masa yang sama perlu memikirkan keselamatan kesihatan.  Pelumba, pasukan dan kakitangan dari luar negara mesti divaksin sepenuhnya dan didaftarkan melalui sistem ‘Thaipass’.  Semua pengembara mesti mempunyai keputusan RT-PCR negatif selewat-lewatnya 72 jam sebelum memasuki negara ini.  Prosedur kemasukan Test & Go mesti dipatuhi, yang akan dilakukan RT-PCR pada hari pertama ketibaan.  Menginap di hotel yang diperakui SHA EXTRA+.  ATK diperiksa semula sekali lagi sebelum memasuki litar.  Bagi penunggang Thailand, mereka juga perlu menjalani ujian ketat untuk mengelakkan jangkitan. Untuk Penonton pula, hanya mereka yang telah divaksinasi lengkap sahaja yang boleh datang ke litar. 

 “Disebabkan penganjuran Buriram Marathon sebelum ini, kami telah  berjaya menguruskan ribuan peserta. Kini kami sedang berusaha keras untuk menyediakan sistem itu dengan sebaik mungkin dan langkah kesihatan awam yang ketat membolehkan kami lulus dengan jayanya dan selamat.”

 “Penganjuran acara FIM Asia Road Racing boleh dianggap sebagai ujian kepada semua kesediaan sebelum menganjurkan MotoGP bertaraf dunia 2022 pada 29 September hingga 2 Oktober ini.   Oleh itu, Kejuaraan FIM Asia Road Racing adalah acara penting bagi kami sebagai persediaan dan mendorong industri sukan permotoran Thailand kembali normal secepat mungkin.  Jumpa anda di Litar Antarabangsa Chang, Buriram!”

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us