- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa musim MotoGP pada tahun ini sedikit sendu bagi peminat tempatan kerana tiada penglibatan mana-mana pelumba Malaysia dalam kejohanan Grand Prix Dunia.
Buat masa sekarang hanya ada pelumba Malaysia yang bersaing di kejuaraan junior GP di Spain dan kejuaraan Asia. Perihal ini mungkin akan memberi sedikit sebanyak impak kepada penganjuran MotoGP di Sepang nanti.
SIC berkata akan ada pelumba Wildcard dalam MotoGP Sepang nanti jika pelumba tersebut mencapai KPI yang ditetapkan. KPI tersebut adalah beliau mesti berada didalam kelompok 10 terbaik kedudukan keseluruhan di Kelas junior itu.
Pelumba yang dikatakan itu adalah Damok dan Syahmi yang menunjukkan prestasi positif tahun lalu dan SIC menyasarkan mereka mendapat podium lagi buat musim ini.
Kenapa Top 10? SIC meletakkan harapan yang tinggi kerana hanya 1 slot wildcard yang dibenarkan dan keputusan untuk meletakkan pelumba wildcard ini adalah atas keizinan pihak Dorna / IRTA sendiri sama ada pelumba tersebut layak wildcard atau tidak.
Pihak SIC akan cuba sedaya upaya berusaha bagi merealisasikan perkara ini dan dalam masa yang sama dapat menarik minat pengunjung untuk datang ke SepangGP nanti.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment