Bomoh Dibayar Sebanyak RM30k Untuk Tolak Hujan Di Litar Mandalika


Bagi yang menonton perlumbaan MotoGP pada hujung minggu lepas, pastinya anda melihat kelibat seorang bomoh atau disana digelar (Pawang Hujan) membuat ritual di sepanjang litar Mandalika sebelum acara dimulakan. 

Ketika itu acara terhenti dan ditunda sebentar lantaran hujan yang sangat lebat. Oleh itu, bomoh tersebut dilihat melakukan kerjanya dengan membuat ritual membaca beberapa mantera dengan mangkuk emas untuk menolak hujan. Beliau berbuat demikian bermula daripada sepanjang paddock hingga ke tengah-tengah kawasan starting grid. 



Aksi Bomoh tolak hujan di litar dan paddock

‘Bomoh hujan’ tersebut lebih dikenali sebagai Raden Rara Istiani Wulandari telah ditugaskan untuk mengawal keadaan cuaca oleh pihak penganjur bagi menolak hujan pada hari acara itu berlangsung terutama pada hari Ahad iaitu hari perlumbaan berlangsung. 

Dikhabarkan, beliau dibayar sebanyak Rp 5 juta (RM 1,500) sehari dan telah diarahkan untuk bertugas selama 21 hari. Jika di kira, dianggarkan beliau telah berjaya mendapat Rp 105 juta bersamaan RM 30,774.00. Dikatakan bayaran ini setimpal dengan kerja kerasnya kerana beliau diarahkan untuk bekerja tidak kira masa malam ataupun siang. 


Untuk spesifikasi hujan pula, penganjur tidak mahu litar terlalu panas dan tidak pula mahu terlalu lebat, jadi apa yang dibuat oleh Rara adalah mengalihkan hujan dipersekitaran yang lain supaya suhu litar lebih stabil. 

Dalam satu video yang disebarkan, beliau menyatakan bahawa Litar ini tidak boleh terlalu panas kerana keadaan litar boleh menggelupas dan beliau membuat mantera supaya hujan renyai-renyai dapat turun di sesi pagi. Amboi ada spec pula ye. 

Walaubagaimanapun beliu menyatakan Kemampuannya itu adalah kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menambah lagi kebolehannya yang dapat mengawal hujan adalah ilmu yang dituntut sejak dahulu. “Dari sejak azali lagi Indonesia memang terkenal dengan banyak kuasa ghaib termasuk mengawal hujan. “ tuntasnya. 

Walaubagaimanapun Rara merupakan seorang non muslim sudah menjadi perkara biasa yang berlaku disana dan ianya merupakan adat/ budaya unik turun temurun di Indonesia yang mereka amalkan. Ini kerana disana mempunyai banyak suku kaum dan setiap daripadanya mempunyai budaya dan amalan agama masing-masing. 

Akhir kata, ingin kami tegaskan, sebagai umat Islam yang beriman, kita diharamkan dan sama sekali dilarang untuk melakukan perkara sedemikian kerana mendekati perbuatan syirik sekaligus melawan hukum Tuhan. Jika ada permintaan kita digalakkan memohon doa supaya urusan kita dipermudahkan. 

Panahan petir yang berjaya ditangkap melalui lensa kamera MotoGP ketika hujan lebat

Baik sikit kak, kan kena panah petir naya. Teruskan Bersama Two Wheels!

#twmedia #tw #mgpm #mandalika #mandalikagp #motogp #indonesiangp

Comments

Follow Us