Yamaha perkenal R1 Race

Brembo bagi MotoGP musim 2022

 


Brembo masih kekal sebagai pembekal sistem brek bagi 12 pasukan yang bertanding didalam kategori perdana MotoGP musim ini.

Bagi musim ini, 'Caliper' brek masih kekal dengan model GP4 yang diperkenalkan pada 2020, hanya 12 pilihan 'disc' baru diperkenalkan kepada pasukan sebagai pilihan ketika perlumbaan.

12 jenis 'disc' yang menjadi pilihan pelumba musim ini merangkumi 6 'carbon disc' yang mempunyai saiz yang berbeza antara 320mm hingga 355mm yang mula diperkenalkan semasa ujian pra-musim di Sepang dan Mandalika. 6 pilihan yang lain merangkumi jenis 'standard disc' bagi kegunaan ketika keadaan litar basah.

Dua jenis 'thumb brake' iaitu 'push and pull pump' diteruskan penggunaan pada musim ini mengikut kesesuaian pelumba.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #Brembo #MotoGP


Comments

Follow Us