- Get link
- X
- Other Apps
Antara individu terkenal dalam sukan permotoran negara, Dato Razlan nampaknya mendapat perhatian ramai peminat MotoGP tempatan pada minggu ini. Principal RNF Racing itu merupakan rakyat Malaysia pertama yang mempunyai pasukan di pentas utama MotoGP dan ia amat membanggakan.
Kegembiraan Dato Razlan atas keputusan perlumbaan IndonesianGP semalam dikongsi di laman media sosialnya dan telah mengundang pujian ramai namun pada masa sama kritikan berserta cacian turut dilontarkan di ruangan komen.
Antara perkara yang membuatkan Dato gembira ialah kejayaan Darryn menamatkan perlumbaan di tempat ke sepuluh semalam. Rookie tersebut bersaing hebat dengan pelumba-pelumba senior sehingga mampu berada di kedudukan ke 8 namun di akhir-akhir pusingan, Brad dan Aleix memintasnya. Darryn sebelum ini dikritik hebat kerana terus berada di kelas premier tanpa melalui Moto2. Walaubagaimanapun beliau membuktikan semalam bahawa dirinya memang berbakat dan layak berada di situ.
Selain itu, kejayaan Hakim Danish memenangi kedua-dua perlumbaan dalam saingan IATC turut menggembirakan Dato Razlan. Beliau memuji persembahan yang ditunjukkan Danish dan berharap momentum juara itu dapat dikekalkan untuk saingan ETC minggu ini.
Dato turut mengaitkan kejayaan Danish itu dengan program baharu negara iaitu SIC MiniGP yang dibangunkan olehnya dahulu. Jika para pengikut semua masih ingat, di awal penubuhan program tersebut, banyak komen negetif dilontarkan. Ada yang menggelarkan ia projek gagal, program syok sendiri yang membazir dan juga program yang ditubuhkan untuk memenuhi kantung akaun bank sendiri.
Dato Razlan dan Zulfahmi antara perintis kejohanan MiniGP Malaysia dilihat kekal utuh kalis cacian. Mereka langsung tidak mengendahkan kata-kata negetif yang dilontarkan malah terus bergerak mara kerana percaya dan yakin, ia akan membawa pulangan yang baik satu hari nanti dan kini ia mula membuahkan hasil.
Dato turut menambah, kemenangan Danish itu hasil daripada usaha Zulfahmi yang bertungkus lumus membuat perancangan dan perencanaan untuk memastikan pelumba-pelumba cilik negara mendapat didikan dan bimbingan yang betul. Dengan laluan yang jelas maka usaha untuk mendapatkan pelumba professional dunia akan lebih mudah.
"Saya minggu ini didatangi ramai promoter mengatakan betapa baiknya program yang ada di Malaysia. Bagi saya program kita memang padu dan boleh nampak hala tuju itu ke mana."
Teruskan bersama Two Wheels...!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#DRR #HD13 #zkracing #minigp
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment