Yamaha perkenal R1 Race

Darryn Binder Balas balik Kritikan Remy Gardner


Umum mengetahui bahawa situasi sedikit tegang di MotoGP tentang persaingan Rookie antara Remy Gardner dan Darryn Binder di QatarGP.

Gardner sebelum ini mengatakan bahawa Binder menunggang seperti monyet dengan kata lain secara merbahaya sekaligus menganggu beliau menyebabkan ada jarak diantara kumpulan hadapan.

Kali ini, ditanya kepada Darryn Binder tentang ini, respon beliau:

"Saya tak tahu apa yang dia tidak puas hati sangat. Saya dan Remy berlumba, bersaing antara satu sama lain. Kami saling potong memotong banyak kali terutama pada lap terakhir mestilah saya perlu memberikan yang terbaik."

"Memanglah kami hanya bertarung merebut posisi ke 15 tetapi pada akhirnya saya ingin mengatasi beliau, menjadi rookie teratas dan ingin mendapat mata" ungkap Darryn Binder.

Beliau menambah lagi bahawa yakin beliau hanyalah membuat yang terbaik dan tidak pernah ada niat untuk masuk menganggu racing line beliau. Binder juga tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Remy Gardner dan bagi pendapat beliau, inilah perlumbaan.

Sabar-sabar. Tak puas hati jumpa minggu depan kat Lombok.

Teruskan bersama Two Wheels! 

Comments

Follow Us