Disebalik Kejayaan Enea dan Gresini


Siapa sangka pelumba dari Pasukan Gresini, Enea Bastianini memenangi perlumbaan pembukaan MotoGP musim 2022 di Litar Lusail hujung minggu lepas dan perjalanan mereka ke puncak kejayaan bukanlah semudah ABC.

Ditubuhkan oleh Fausto Gresini pada tahun 1997, Pasukan Gresini mula bertanding didalam kategori 500cc bersama pelumba kelahiran Brazil, Alex Barros. Disebalik kejayaan memenangi perlumbaan hujung minggu lepas, ada duka buat pasukan ini.

Dengan kematian pemilik pasukan, Fausto Gresini pada penghujung tahun lalu disebabkan COViD-19, pasukan dirombak dan pengurusan Gresini Racing disambung oleh anaknya, Lorenzo Gresini. Ini adalah kerana Lorenzo merupakan anak didik Fausto yang banyak membantu dalam hal-hal belakang tabir sehingga menjadi individu terpenting sebagai penggerak utama pasukan. Segala selok belok pengurusan pasukan berada dalam pengetahuannya dan segala tugasan berat dipikul Lorenzo.  Walaubagaimanapun ibu beliau diletakkan sebagai prinsipal pasukan sebagai tanda penghormatan selaku pewaris keluarga Gresini.

Amat menyedihkan lagi, beberapa penaja termasuk penaja utama pasukan Gresini ingin menarik diri seminggu sebelum pusingan pembukaan MotoGP musim 2022 di Qatar. Suatu keadaan yang amat sukar buat pasukan.

Alah bisa tegal biasa, dengan semangat setiakawan dan kesukanan yang tinggi, pasukan dan keluarga Gresini berjaya mengharungi dua masa yang getir ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan pada minggu lepas, sesuatu yang patut dibanggakan dan dijadikan contoh. 

Selamat maju jaya Gresini. Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #Gresini #Enea #Nadia


 

Comments

Follow Us