Enea Bastianini Sambung Rekod Valentino Rossi

 

Kemanisan kemenangan Enea Bastianini dan Gresini belum lekang di bibir-bibir peminat MotoGP. Kali ini kami ceritakan lagi beberapa fakta menarik. 

Tahukah anda, sepanjang era baharu MotoGP ini diperkenalkan pada tahun 2002, hanya Pasukan Satelit Gresini yang mampu memenangi perlumbaan pada pusingan pertama pembukaan musim. 

Umum mengetahui bahawa pasukan satelit ini mempunyai sedikit kekurangan berbanding pasukan utama seperti jentera yang mereka guna adalah lebih tua dan kebanyakan spesifikasinya seperti jentera pasukan utama gunakan untuk tahun sebelumnya. Ada juga yang sampai 2-3 tahun kebelakang dan ini membuatkan peluang pasukan utama lebih tinggi untuk menang berbanding pasukan satelit. 

Namun lain cerita pula zaman sekarang, kesemua pengilang sudah memberikan jentera yang baik kepada pasukan mereka contohnya Ducati hanya menyediakan jentera GP22 dan GP21 sahaja untuk bersaing pada musim ini. 

Kali terakhir pelumba pasukan satelit yang berjaya memenangi perlumbaan pada pusingan pertama adalah Valentino Rossi pada tahun 2001 semasa berlumba bersama Nastro Azzurro Honda di kelas 500cc. 

Selepas itu kelas utama di jenamakan menjadi MotoGP pada 2002 dan semenjak itu perlumbaan pertama hanya dipelopori oleh pasukan kilang.

Selepas 20 tahun, barulah kita dapat lihat pelumba pasukan satelit dapat memenangi perlumbaan melalui Enea Bastianini dan dapat berada di ranking teratas kedudukan keseluruhan sementara. 

Bastianini juga merupakan pelumba pasukan satelit pertama yang berjaya memenangi perlumbaan di QatarGP setelah kali terakhir dimenangi oleh Sete Gibernau pada tahun 2004. 

Kini, dengan kelengkapan jentera yang mantap antara 2 pasukan, tidak kira pasukan utama atau satelit, semua pelumba mampu menang.

📸Michelin Motorsports

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us