Enea Lebih Laju Dengan Perbezaan 10 Saat Di Qatar


Teknologi dalam dunia MotoGP terus berkembang seiring dengan peredaran masa. Segala aspek ditambah baik dari sudut kekuasaan enjin mahupun kemampuan badan jentera terutama dalam hal aerodinamik. Semua pembangunan yang dibuat dengan pelaburan puluhan juta dolar itu hanya bertujuan untuk menjadikan jentera-jentera yang bersaing menjadi semakin laju.

Antara cara untuk kita lihat peningkatan ini adalah dengan membandingkan catatan masa perlumbaan bagi tahun lepas dengan tahun ini. Jika anda masih ingat, pada musim lalu perlumbaan di Qatar telah dilangsungkan sebanyak dua kali iaitu QatarGp dan DohaGP. Kedua-dua pusingan tersebut telah dimenangi oleh Yamaha melalui pelumba-pelumba mereka iaitu Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.

Untuk rekod 2021 tersebut, catatan masa keseluruhan Fabio lebih pantas berbanding Maverick iaitu dengan jurang 5 saat. Walau bagaimanapun catatan masa yang dibuat oleh Enea pada perlumbaan 2 minggu lalu adalah jauh lebih pantas dengan peningkatan 10 saat. Ia sangat menakjubkan.

Jika kita meletakkan catatan masa Fabio tahun lalu kepada perlumbaan musim ini, beliau akan menduduki tempat ke 8. Ini juga bermakna kelajuan semua jentera pesaing telah meningkat mengatasi Yamaha M1 2021. Ia satu kenyataan yang perit buat Yamaha dan mereka harus bertindak secepat mungkin.

Teruskan bersama Two Wheels...!

📸Michelin Motorsport 

#TwoWheeks #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #EB23 #FQ20 #GP21 #M1 #Qatar #MotoGP

Comments

Follow Us