- Get link
- X
- Other Apps
MotoGP pada minggu ini akan dilangsung di litar baharu iaitu Mandalika Indonesia. Setelah sekian lama kemarau, kini perlumbaan motorsikal paling berprestij dunia kembali ke Bumi Garuda.
Dalam sejarah, MotoGP pernah dianjurkan di sana dan Litar Sentul menjadi pilihan penganjur. Ia berlaku pada Tahun 1996 dan 1997 di mana MotoGP masih lagi dalam era jentera 2-stroke.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua tahun tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Repsol Honda melalui pelumba-pelumba mereka. Mick Doohan memenangi saingan pembuka IndonesiaGP manakala tahun berikutnya pula kemenangan dirangkul oleh rakan sepasukan, Tadayuki Okada.
Apa yang lebih manis ialah, kemenangan Okada tersebut merupakan yang pertama buat dirinya untuk kategori 500cc.
Kini setelah 25 tahun berlalu, dengan saingan yang semakin sengit, adakah Repsol Honda mampu melakukan kemenangan hatrik di kelas tertinggi MotoGP? Sama-sama kita nantikan.
Teruskan bersama Two Wheels...!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#RepsolHonda #Honda #MD1 #TO7 #MM93 #PE44 #NSR500V #NSR500 #RC213V #sentul #mandalika #indonesia #MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment