- Get link
- X
- Other Apps
Bagi yang meminati motorsikal terutama bab kelajuan dan pesaingan maka pentas perlumbaan dilihat sebagai platform yang amat diidamkan. Meluru laju dengan jentera yang dikhaskan untuk perlumbaan pasti ingin dirasai oleh semua penggemar sukan lumba dua roda. Walaubagaimanapun hakikatnya perlumbaan itu ialah tempat kerja bagi seseorang pelumba yang mana mereka perlu bertugas mengikut masa yang ditetapkan dan ia tiada beza dengan pekerjaan-pekerjaan yang lain.
Apabila seseorang anak muda ingin bergelar pelumba professional, mereka haruslah dilihat mempunyai kelayakan yang secukupnya bagi menggalas tanggungjawab yang berada di bahu masing-masing. Keadaan ini telah diajar sejak mereka berada di pentas bawahan lagi seperti IATC.
Menurut Alberto Puig, gelagat para pelumba muda yang diterima ke Asia Talent Cup cukup dikenalinya memandangkan beliau sudah lama berkecimpung sebagai salah seorang pihak pengurus untuk program tersebut.
Menurut Puig, ke semua anak-anak muda yang terpilih menunjukkan keterujaan dan gembira bila mula bertemu dengan jentera-jentera yang disediakan namun apabila bermulanya sesi latihan, ramai antara mereka yang sudah bermasalah. Bagi Puig, punca utama ialah kecergasan diri yang tidak mencukupi lantas menjadikan kebanyakan pelumba berada dalam keletihan. Kesannya, apa yang diajarkan tidak dapat dituruti dengan sebaiknya dan persembahan mereka tidak bertambah baik.
Jelas Puig lagi, ini merupakan hal berkaitan disiplin ketika berada dalam latihan. Sekiranya tunjuk ajar dan penerangan daripada para jurulatih tidak diambil dengan baik maka sudah tentu tiada peningkatan yang akan terhasil. Inilah lumrah dunia perlumbaan motorsikal. Latihan itu ialah satu sesi yang sangat penting dan para pelumba wajib bersedia dari sudut fizikal dan mental.
Teruskan bersama Two Wheels...!
#TwoWheels #TWmedia#TW #MGPM 🇲🇾
#albertopuig #IATC
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment