- Get link
- X
- Other Apps
Namun selepas pelumba sudah mencapai 38-40an, pelumba MotoGP biasanya sudah tidak berbisa lagi kerana bersaing dengan anak muda yang jauh lebih baik. Namun dalam hati mereka ini darah racing masih lagi ada. Ada yang berpindah ke WSBK dan ada juga yang memilih sukan empat roda seperti lagenda MotoGP, Valentino Rossi yang memilih ke perlumbaan GT selepas bersara.
Tempoh hari, Jorge Lorenzo juga menunjukkan minat yang sama untuk menceburi lumba kereta juga selepas ini. Lorenzo juga pernah berlumba di GT dan mencuba jentera F1 semasa beliu masih aktif di MotoGP. Kini giliran dani Pedrosa pula yang mengikuti jejak fantastic 4 ini.
Dani Pedrosa gembira mengumumkan akan menyertai 3 Perlumbaan Kejohanan Supertrofi Lamborghini bersama pasukan FFF. Beliau berharap dapat menikmati pengalaman ini dan belajar lebih banyak tentang dunia perlumbaan kereta.
Pedrosa akan berlumba menggunakan jentera Lamborghini Huracan dengan spesifikasi GT. Perlumbaan ini akan berlangsung selama 50 minit bersama-sama pitstop.
Beliau mula berminat dalam sukan ini bermula pada tahun 2018 di Redbull Ring apabila Pedrosa dan Marc Marquez mencuba jentera F1 Torro Rosso bersama pelumba F1, Mark Webber. Beliau berasa amat kagum dengan pelumba F1 tersebut dengan kepakarannya yang mengendalikan kereta F1.
Sebelum ini bukan Pedrosa sahaja yang pernah berlumba di kejohanan ini yang datang daripada 2 Roda. Sebelum ini, Tony Cairoli (motorcross),Chad Reed (Motorcross) dan Andrea Dovisiozo (MotoGP) pernah bersaing dalam kejohanan ini. Pecco Bagnaia juga dijadualkan membuat penampilan istimewa pada akhir 2021 dalam kerjasama jenama Itali Lamborghini dalam kumpulan Audi.
Kalau dah darah racing tu, mana boleh tinggal lama-lama. Hehe. Teruskan Bersama Two Wheels!
#tw #twmedia #mgpm #dp26 #danipedrosa #lamborghini
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment