- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Musim 2022 MotoGP telah pun bermula pada minggu lalu dan banyak aksi yang tidak dapat kita jangkakan.
Kita berbicara pula tentang pendatang baharu iaitu rookie pada tahun pertama dan perlumbaan pertama mereka. Kita lihat, kesemua rookie kali ini berada di kelompok yang sama di belakang dan satu-satunya rookie yang melepasi kumpulan ini hanyalah Marco Bezzecchi.
Selain itu, perkara yang menarik adalah kebolehan Darryn Binder yang datang daripada kelas yang lebih kecil (Moto3) mampu bersaing dengan rookie yang lain yang pernah menunggang jentera moto2 sebelum ini.
Selepas Marco Bezzecchi terjatuh, Darryn Binder dapat bersaing dengan Remy Gardner dan hampir mendapat best rookie namun rezeki berpihak pda Remy yang menamatkan perlumbaan hanyalah ketinggalan 0.015 saat.
Namun Remy Gardner sebagai pelumba yang bersaing rapat dengan Darryn, merasakan beliau berlumba secara merbahaya dan mengikut style Moto3.
“Saya berasa saya ingin bercakap sesuatu dengan Dia (Darryn Binder). Disini bukanlah Moto3, dia tak perlu menunggang seperti monyet” ungkap Gardner sambil ketawa.
Selain itu Gardner harap beliau akan memperbaiki gaya tunggangannya dan akan lebih matang selepas ini.
Macam mana tu ye ride macam monyet😅. Teruskan Bersama Two Wheels!
📷 Michelin Motorsports
#tw #twmedia #motogp #mgpm #remygardner #darrynbinder
Comments
Post a Comment