Jentera Baharu Untuk Azroy

 


 
Juaran bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali ke litar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 dengan jentera baharu.
 
Azroy serta pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan mempertandingkan jentera baharu, Honda RSX-150 yang baru dilancarkan pada hujung tahun 2021. Ini merupakan kali pertama motorsikal baharu ini akan beraksi di litar perlumbaan. 
 
"Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk mempertahankan gelaran juara. Jentera Honda RSX-150 akan menggantikan motosikal Honda RS150 yang digunakan sebelumnya. Kami begitu yakin dengan kebolehan motosikal baharu ini dan kami berharap bukan sahaja akan berjaya mempertahankan gelaran Juara CP150 tetapi turut memenangi gelaran Juara Pasukan CP150 musim 2022."
 
Turut menarik, Azroy akan menggunakan nombor pertandingan #1 yang sememangnya hak juara bertahan. "Nombor ini sememangnya jarang digunakan dalam perlumbaan. Kali terakhir nombor ini diperlagakan di atas litar perlumbaan adalah dalam musim 2014 apabila ianya digunakan oleh Zaqhwan Zaidi."
 
Pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Utara Sepang pada 12hb dan 13hb Mac ini. Kedatangan para peminat amat dialu-alukan.
 
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo


Comments

Follow Us