Juara Dunia hanya mampu lawan Rookie dari Moto3

 


Perlumbaan MotoGP bagi tahun ini amat menarik perhatian di mana ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan para pelumba terhebat dunia. Bermula dengan keadaan jentera yang hampir sama untuk semua pelumba maka ramai yang tidak berdaya untuk meneka siapakah pemenang bagi pembuka musim dan tanpa disangka, pelumba bukan kegemaran ramai, Enea telah mengejutkan semua pihak setelah berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama.

Tidak ketinggalan, yang menjadikan saingan musim ini lebih menarik ialah para pendatang baru yang mendapat harapan tinggi para peminat untuk bersaing dengan senior-senior, terutama Remy Gardner dan juga Raul Fernandez. Melihatkan mereka berdua sangat mendominasi kategori Moto2 yang lepas menjadikan banyak mata tertumpu kepada mereka.

Antara kejadian yang menarik perhatian ialah, juara dunia Moto2, Remy Gardner bergelut dalam sesi kelayakan dan beliau akhirnya memulakan perlumbaan di petak ke 22, sebaris dengan Daryn Binder. Daryn merupakan rookie yang tidak disukai ramai kerana beliau datang dari kategori Moto3 tanpa mengharungi Moto2. Oleh sebab itu ramai menjangkakan beliau akan menamatkan perlumbaan di tempat tercorot.

Apa yang terjadi nampkanya di luar jangkaan bila mana juara dunia dilihat hanya mampu bersaing dengan bekas pelumba Moto3. Remy dan Daryn berentap habis-habisan untuk mendapat tempat ke 15 bagi memperoleh mata pertama mereka di kategori premier dan akhirnya kejayaan berpihak kepada Remy Gardner. Setelah selesai perlumbaan, Remy meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap cara tunggangan Daryn. Pun begitu jelas sekali bahawa juara dunia tersebut hanya sekadar mampu bersaing dengan rakan rookie yang dipandang rendah selama ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us